Thanuja Sedang Berkenalan Dengan Lelaki Asal London - "Saya Suka Dia Sebab ..."
Umirah Halim
30/05/2024 06:25 MYT
30/05/2024 06:25 MYT
Pelakon dan model Thanuja Ananthan membuat pendedahan bahawa dia sedang berkenalan dengan seorang jejaka berasal dari London pada masa ini.
“Ya, saya ada seorang yang special dalam hidup saya sekarang ini. Saya sedang mengenali dia. Saya sangat gembira dan kita lihat nanti macam mana dalam tempoh setahun dua ini.
“Saya suka dia sebab dia faham kerja saya. Pada masa yang sama, dia sangat memberi sokongan dan pencinta haiwan seperti saya. Dia faham saya. Tambahan saya sejenis yang open minded dan lantang bersuara. Bukan semua orang boleh terima wanita seperti ini," ujarnya.
Mengulas lebih lanjut, Thanuja turut sempat memberitahu lelaki tersebut lapan tahun lebih berusia daripadanya.
“Sebenarnya dia dah pencen dan menetap di Malaysia. Kami rajin melancong bersama-sama seandainya jadual saya tidak sibuk," tambahnya.
Di akhir temu bual, Thanuja yang ditemui pada Malam Gala Filem PADU, semalam turut berharap hubungan yang terjalin ini akan membawa mereka ke fasa seterusnya tidak lama lagi.
Thanuja berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana Filem Padu The Movie yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Rabu.
Dalam perkembangan lain, Thanuja turut muncul dengan sebuah naskhah baharu berjudul Padu The Movie yang diangkat daripada peristiwa benar pengalaman empat wira utama pasukan Bola Keranjang Negara.
Selain Thanuja sebagai Center Kalai), Padu The Movie turut dibintangi Fify Azmi (Kapten Izzati), Jojo (Naib Kapten Mulan), dan Mei Fan (Jurulatih Yoong).
Filem yang bakal ditayangkan 6 Jun nanti ini turut menggambarkan peristiwa benar ketika perjalanan Pasukan Harimau Malaysia dalam Sukan Sea 2013 di Myanmar, Sukan SEABA 2014 di Semarang, Indonesia, dan Sukan SEA 2015 di Singapura.Berita Trending: Qawiy Nafi Terlibat Dengan Jenayah Gangguan Seksual – “Tidak Benar…
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kenal hati budi
Menurut Thanuja, 38, dia di dalam fasa mengenali hati buti lelaki tersebut dan difahamkan mereka sudah berkenalan sejak lapan bulan yang lalu.“Ya, saya ada seorang yang special dalam hidup saya sekarang ini. Saya sedang mengenali dia. Saya sangat gembira dan kita lihat nanti macam mana dalam tempoh setahun dua ini.
“Kami berkenalan sejak lapan bulan yang lalu dan dia berasal daripada London. Saya kenal dia melalui kawan-kawan. Kami ada perancangan untuk masa hadapan," kata Thanuja.
Disoal mengenai kriteria yang membuatkan dia tertarik dengan lelaki itu, bekas Miss World Malaysia 2009 ini secara ringkas menjawab dia suka lelaki yang boleh memahami dan menerima dirinya.“Saya suka dia sebab dia faham kerja saya. Pada masa yang sama, dia sangat memberi sokongan dan pencinta haiwan seperti saya. Dia faham saya. Tambahan saya sejenis yang open minded dan lantang bersuara. Bukan semua orang boleh terima wanita seperti ini," ujarnya.
Mengulas lebih lanjut, Thanuja turut sempat memberitahu lelaki tersebut lapan tahun lebih berusia daripadanya.
“Sebenarnya dia dah pencen dan menetap di Malaysia. Kami rajin melancong bersama-sama seandainya jadual saya tidak sibuk," tambahnya.
Di akhir temu bual, Thanuja yang ditemui pada Malam Gala Filem PADU, semalam turut berharap hubungan yang terjalin ini akan membawa mereka ke fasa seterusnya tidak lama lagi.
Thanuja berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana Filem Padu The Movie yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Rabu.
Dalam perkembangan lain, Thanuja turut muncul dengan sebuah naskhah baharu berjudul Padu The Movie yang diangkat daripada peristiwa benar pengalaman empat wira utama pasukan Bola Keranjang Negara.
Selain Thanuja sebagai Center Kalai), Padu The Movie turut dibintangi Fify Azmi (Kapten Izzati), Jojo (Naib Kapten Mulan), dan Mei Fan (Jurulatih Yoong).
Filem yang bakal ditayangkan 6 Jun nanti ini turut menggambarkan peristiwa benar ketika perjalanan Pasukan Harimau Malaysia dalam Sukan Sea 2013 di Myanmar, Sukan SEABA 2014 di Semarang, Indonesia, dan Sukan SEA 2015 di Singapura.