Sistem pendidikan sekolah yang tidak adil? Agenda jahat guru akademik? Sekumpulan pelajar Gifted pula muncul? Apa sebenarnya yang berlaku?

Drama bersiri fantasi Thailand, The Gifted Graduation kini bersiaran di kaca televisyen anda menerusi saluran Astro Citra (108).

Episod lalu menyaksikan Korn telah bersembunyi dan melarikan diri selepas dia mencederakan rakannya, Punn.

Selain Punn, Korn turut membius beberapa pelajar lain kerana mereka berusaha mendedahkan pengkhianatan dan kerja kotor yang selama ini dilakukan Korn.

Sementara itu, Punn telah memasang niat dan merancang beberapa usaha untuk membalas dendam ke atas perbuatan Korn.

Memasuki episod ketujuh, Darin bersama anak buahnya ditugaskan oleh Menteri Pitchet untuk mengawal sekolah dan menggunakan kuasanya untuk memanipulasi keadaan.

Manakala, Punn pula sudah semakin maju dengan potensi yang dimilikinya iaitu kemampuan menduplikasi kebolehan orang lain. Dia turut menduplikasi kebolehan dan kelebihan dari beberapa rakan sekelas untuk kepentingan dirinya.

Dalam pada itu, Pang yang dikenali sebagai pelajar paling istimewa telah mengasingkan diri daripada semua orang berikutan kematian rakannya, Time.

Adakah tanggungjawab yang diberikan kepada Darin mampu dipikul untuk mencari kebenaran sebenar di atas kematian Time? Saksikan episode tujuh malam ini.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


Saksikan The Gifted Graduation yang sedang ditayangkan di saluran Astro Citra pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.