"This 6th Is A Special One. It Is One Of Our Most Interesting Year, Ever" - Diana Danielle

Zulaikha Yusof
November 4, 2018 06:40 MYT
Pelakon jelita, Datin Diana Danielle menyambut ulang tahun keenam perkahwinannya bersama suami, Datuk Farid Kamil.
Menerusi kemas kini laman Instgram miliknya, Diana memuat naik beberapa keping foto bersama Farid sewaktu Anugerah Skrin 2018 baru-baru ini.
Dalam entri kapsyen yang dimuat naik terkandung ucapan yang menarik perhatian ramai pihak.
Rata-rata peminat mengambil kesempatan untuk mencoretkan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan kepada pasangan itu.
Malah peminat juga menganggap pasangan tersebut kuat menghadapi dugaan yang datang dalam hidup mereka.
Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
#pelakon #Diana Danielle #Farid Kamil #Pelakon