BERITA

#Throwback2017: Kelahiran Anak Selebriti Sepanjang Tahun Pilihan Astro Gempak

Rozaimi Zubaidi 27/12/2017 | 05:08 MYT
Tahun 2017 telah menyaksikan ramai selebriti menimang cahaya mata.
Ada yang menyambut cahaya mata sulung, ada juga yang sudah mempunyai anak, menambah bilangan zuriat pada tahun ini.
Selain nama unik yang diberikan, kisah dan pengalaman yang dikongsi selebriti ketika proses bersalin turut mendapat perhatian pembaca.
Di sini Astro Gempak menyenaraikan 10 pasangan yang menyambut kelahiran cahaya mata pada tahun 2017:
1) Fad Bocey
Isteri pelawak dan penyampai radio Era, Fad Bocey, Nur Syahirah Abdul Rahman selamat melahirkan anak ketiga mereka pada 19 November lalu.
Fad dan Syahirah sebelum ini dikurniakan anak lelaki kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan pada 11 Disember 2015.
Baca: [Terima Kasih Suami - Isteri Fad Bocey Kongsi Pengalaman Bersalin Anak Perempuan]
2) Amyra Rosli & Amar Baharin
Pada 21 Oktober lalu, pelakon Amyra Rosli selamat melahirkan anak pertamanya di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Bayi comel itu diberi nama Aqeef Anaqi dan memiliki akaun Instagramnya sendiri dan mempunyai seramai 176 ribu pengikut setakat ini.
Baca: [Amyra Rosli, Amar Baharin Timang Bayi Lelaki]
3) Saharul Ridzwan
Pelakon, Saharul Ridzwan selamat menimang cahaya mata sulungnya pada 6 Jun 2017.
Saharul Ridzwan dan isterinya, Qaabila Deena Emir telah menamakan anak lelaki mereka, Muhammad Luth Ali.
Baca: [Saharul Ridzwan Selamat Timang Anak Lelaki, Bahasakan Diri Baba]
4) Sharifah Sakinah
Pengacara dan pelawak ini melahirkan anak sulungnya, Anais Adha pada 25 Mei 2017 secara pembedahan.
Sakinah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, yang mesra dipanggil Aliff, pada Mac 2015.
Baca: [Sharifah Sakinah Selamat Bersalin]
5) Mila
Bekas Juara Akademi Fantasia musim kelima, Mila selamat melahirkan anak sulung di sebuah hospital swasta Kuala Lumpur, pada pukul 9.45 malam 12 Mei lalu.
Mila selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Mohd Arif Zikri dengan berat 2.78 kilogram menerusi pembedahan.
Baca: [Mila Selamat Lahirkan Anak Sulung]
6) Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
Aktres yang juga isteri kepada pelakon Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin selamat melahirkan anak lelaki kira-kira pukul 10 pagi pada 9 Mei 2017.
Bayi sulung yang diberi nama Syeriv Samheizy dilahirkan di Pusat Perubatan Ampang Puteri.
Pasangan ini juga memilih untuk berkongsi gambar terkini anak mereka di media sosial masing-masing malah Syeriv Samheizy itu juga telahpun memiliki akaun Instagramnya sendiri dan mempunyai seramai 375 ribu pengikut setakat ini.
Baca: [Syatilla Melvin, Shaheizy Sam Timang Bayi Lelaki]
7) Syamsul Yusof & Puteri Sarah
Pasangan ini telah menerima kedatangan cahaya mata pertama mereka yang dinamakan Syaikhul Islam.
Syaikhul dilahirkan pada 19 April lalu di Pusat Perubatan Pantai Bangsar.
Baca: [Puteri Sarah, Syamsul Yusof Timang Bayi Lelaki, Namakan Syaikhul Islam]
8) Adira
Penyanyi Adira selamat melahirkan anak sulungnya pada 11 Mac 2017 di sebuah hospital swasta.
Pasangan Adira dan Datuk Red menjadikan bunga Anggerik sebagai nama pilihan untuk anak sulungnya.
Baca: [Adira Selamat Lahirkan Bayi Perempuan]
9) Akim Ahmad & Stacy
Pasangan penyanyi, Akim Ahmad dan Stacy, menyambut kehadiran cahaya mata sulung jam 5.17 petang pada 17 Februari 2017.
Bayi comel itu diberi nama Eshaal Afiq Hakim dan Stacy sebelum ini memiliki seorang anak angkat perempuan bernama Bella De Luna Valentina yang kini berusia lima tahun.
Baca: [Stacy Anam & Akim Ahmad Selamat Timang Bayi Perempuan]
10) Shahrol Shiro
Pelawak yang berkahwin dengan Nor Farhanah Syamimi menyambut kelahiran cahaya mata sulung, Iskandar Rizqi pada 8 Februari lalu.
Iskandar Rizqi dilahirkan pra matang ketika kandungan Farhanah berusia 35 minggu, dengan berat hanya 2.1 kilogram.
Baca: [Iskandar Rizqi Nama Baby Shahrol Shiro, Mahu Besarkan Anak Di Kampung]
Di kesempatan ini Astro Gempak juga ingin mengucapkan tahniah kepada beberapa selebriti yang dijangka menyambut kelahiran bayi pada tahun 2018 iaitu, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jihan Muse, Nora Danish, Fizo Omar dan Ozlyn!
“Hello 2018 babies!”
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#pelakon #Penyanyi #Pelakon #Penyanyi #Throwback2017 #Kelahiran Anak Selebriti