berita

#ThrowbackGempak2019: Sisi Gelap K-Pop! Ini Kontroversi & Cerita Paling Hangat

Mya Amri
30/12/2019
11:33 MYT
Sama ada sedar atau tidak, tinggal beberapa hari lagi 2019 bakal meninggalkan kita semua.
Sepanjang tahun ini, terlalu banyak kejutan dan kontroversi yang melanda dunia hiburan Korea.
Insiden yang berlaku ternyata membuatkan peminat K-Pop sendiri mengakui bahawa 2019 merupakan tahun duka bagi industri hiburan Korea.
Sebelum 2020 mengucapkan ‘Hello’ apa kata kita imbas kembali beberapa cerita kontroversi di Korea Selatan.
1.Skandal Kelab Burning Sun
Kecoh apabila satu video tular melibatkan seorang lelaki dipukul di luar kelab Burning Sun kerana dipercayai menyerang seorang pengunjung secara seksual pada 28 Januari lalu.
Kes tersebut menjadi besar selepas hasil siasatan mendapati kelab tersebut milik anggota kumpulan K-Pop terkenal BIGBANG, Seungri. Penyanyi itu kemudiannya menjelaskan tidak mempunyai kaitan dengan pengurusan Burning Sun melainkan sebagai pegawai eksekutif.
Bagaimanapun kelab tersebut menjadi perhatian selepas Burning Sun didapati terlibat dengan pelbagai salah laku antaranya pelacuran, melobi, rasuah, dadah dan juga penyebaran video haram.
Selain itu banyak nama-nama besar dikaitkan sekaligus menjadikan ini sebagai skandal terbesar dalam sejarah K-Pop.
2.Skandal Pelacuran, Dadah, Rasuah Dan Seungri
Belum reda insiden kelab miliknya, Seungri dituduh terbabit dengan skandal rasuah, penggunaan dadah terlarang, pelacuran dan macam-macam lagi.
Antara yang hangat diperkatakan adalah penyanyi itu menawarkan pelacur kepada pelabur antarabangsa selain didakwa menjadi orang tengah untuk aktiviti pelacuran golongan ternama.
Pada 11 Mac 2019, Seungri mengumumkan bahawa dirinya secara rasmi telah bersara dari Industri hiburan. Malah agensinya, YG Entertainment juga mengambil keputusan untuk memutuskan kontrak eksklusifnya dengan Seungri.
BACA: “Karier Saya Berakhir Di Sini…”- Mahu Selamatkan BIGBANG, Seungri Umum Bersara Dari Industri
BACA: Terpalit Kontroversi Pelacuran, YG Entertainment Putuskan Kontrak Eksklusif Dengan Seungri
3.Jung Joon Young & Choi Jong Hoon, Skandal Seks, Rogol, Rakam Aksi Lucah
Bekas anggota kumpulan F.T ISLAND, Choi Jong Hoon dan penyanyi Jung Joon Young didapati bersalah atas tindakan merogol secara beramai-ramai yang membabitkan mangsa lain dan kejadian berbeza pada tahun 2016
Mahkamah Daerah Seoul Tengah memutuskan Joon Young dipenjara enam tahun atas kesalahan rogol dan mengedarkan video seks yang diambil tanpa kerelaan pasangannya manakala Jong Hoon pula dipenjara lima tahun.
BACA: Skandal Seks: Didakwa Terlibat Dengan Seungri, Choi Jong Hoon Keluar F.T. ISLAND
BACA: Rakam & Sebar Video Seks Secara Haram, Jung Joon Young Ditahan Polis
BACA: Kesalahan Rogol Beramai-Ramai, Bekas Anggota Kumpulan F.T ISLAND Dipenjara Lima Tahun
Joon Young juga didapati bersalah secara berasingan kerana merakam dirinya mengadakan seks dengan wanita tanpa pengetahuan mereka dan menyebarkan rakaman berkenaan bersama rakan lain diruangan sembang (Kakao Talk) tanpa keizinan mangsa.
Joon Young juga mengakui telah merakamkan aksi hubungan seks dan menyebarkan video itu tanpa kebenaran sekurang-kurangnya 10 wanita. Skandal seks itu juga turut melibatkan nama Seungri dan juga anggota kumpulan Lee Jonghyun (CNBlue).
4.Cyber Bully, Depresi, Kematian Sulli & Hara
Berita kematian bekas anggota kumpulan K-Pop f(x) Sulli sememangnya mengejutkan peminat K-Pop di seluruh dunia.
Pada 14 Oktober lalu, mayat Sulli ditemui oleh pengurusnya di tingkat dua kediaman yang terletak di Seongnam, Seoul, Korea. Kali terakhir pengurusnya menerima panggilan telefon dari Sulli adalah pada jam 6:30 petang 13 Oktober.
Sulli sebelum ini mengakui hidupnya terasa kosong dan hanya berpura-pura bahagia di hadapan semua orang.
BACA: Gagal Dihubungi, Pengurus Temui Sulli Mati Di Rumahnya
BACA: “Hidup Saya Kosong…” - Sulli Mengaku Pura-Pura Gembira
Paling menyedihkan, sebelum kematiannya Sulli telah membuat Instagram live terakhir dan kata-katanya paling meruntun jiwa, “Kenapa anda mengeluarkan kata-kata sedemikian tentang saya… Saya bukan orang yang jahat… Jangan salah faham tentang saya…” ujarnya sedih.
BACA: Polis Temui Buku Nota Tulisan Tangan Sulli, Penuh Luahan Peribadi
Selain itu, Sulli sebelum ini mengalami depresi kerana sering dibuli netizen dengan kata-kata kecaman melampau sehingga apa sahaja yang dilakukan tetap menimbulkan rasa tidak puas hati netizen.
Pada 24 November 2019, sekali lagi dunia K-Pop dikejutkan dengan berita kematian Goo Hara iaitu rakan baik Sulli.
Mayat Hara ditemui oleh kenalannya dikediaman yang terletak di Cheongdam-dong, Seoul, Korea.
BACA: Polis Sahkan Rakan Baik Sulli, Goo Hara Ditemui Mati Di Rumah
Hara sebelum ini pernah melakukan cubaan untuk membunuh diri pada 27 Mei tahun yang sama namun sempat diselamatkan oleh pengurusnya.
BACA: Bilik Dipenuhi Asap & Cubaan Bunuh Diri, Goo Hara Sempat Diselamatkan Pengurus
Dua hari sebelum kematiannya, Hara sempat memuat naik mesej terakhir di akaun Instagramnya yang bertulis “Selamat malam”.
BACA: “Selamat Malam…” – Siapa Sangka Ini Mesej Dan ‘Hadiah’ Terakhir Goo Hara Buat Peminat
Sama seperti Sulli, Hara juga berdepan dengan depresi selain pernah dipukul oleh bekas teman lelakinya. Mereka juga pernah bertengkar dan memukul antara satu sama lain sehingga wanita itu mengalami kecederaan yang agak teruk dan mengalami kemurungan.
5.Kontroversi Penceraian Ahn Jae Hyun – Ku Hye Sun
Pasangan selebriti Korea ini menjadi bualan hangat apabila aktres, Ku Hye Sun mendedahkan suaminya, Ahn Jae Hyun meminta untuk bercerai.
Hye Sun menyatakan Jae Hyun sudah mula bosan dengan dirinya selain mendakwa aktor itu mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
BACA: “Dia Bosan, Ubah Fikiran” – Baru Tiga Tahun Kahwin, Ku Hye Sun Dedah Suami Minta Cerai
Lebih mengeruhkan keadaan, Hye Sun memilih untuk mendedahkan kisah rumah tangga mereka menerusi posting di akaun Instagramnya.
Ku Hye Sun, menerusi satu posting yang dimuat naik di akaun Instagramnya pada 4 September lalu mendakwa menjumpai sekeping gambar suaminya sedang makan malam bersama seorang pelakon wanita.
BACA: Didakwa Punca Penceraian Ahn Jae Hyun – Ku Hye Sun, Oh Yeon Seo Tertekan
Bagaimanapun Jae Hyun menafikan prkara itu dan mendakwa bekas isteri memutar belit fakta.
Selain itu, Ahn Jae Hyun turut mengakui sepanjang tiga tahun perkahwinan itu, dia mengalami tekanan dan depresi.
BACA: Kontroversi Cerai Ahn Jae Hyun Mohon Maaf, Serah Pada Peguam
6.Manipulasi undian Mnet Produce X 101
Program popular Korea ini menjadi bualan hangat apabila penonton mula meluahkan rasa syak dari segi undiannya.
Susulan itu, satu laporan polis telah dilakukan dan tindakan itu membawa kepada penangkapan dua penerbit program tersebut, Ahn Joon Young dan Kim Young Bum.
Mereka didakwa di bawah kesalahan penipuan, rasuah dan juga menghalang perniagaan.
Salah seorang penerbit program berkenaan Ahn Joon Young kemudiannya mengakui memanipulasi undian pada musim ketiga (Iz*One) dan keempat (X1).
Namun hasil siasatan mendapati manupulasi undian turut berlaku pada musim pertama (IOI) dan kedua (Wanna One).
7.Keluar Group
Tahun ini menyaksikan sebilangan besar bintang Korea mengumumkan keluar daripada kumpulan mereka bermula dengan Seungri (BIGBANG), Choi Jong Hoon (FT ISLAND), Lee Jonghyun (CNBlue) dan Yong Junghyung (Highlight) kerana terlibat dengan skandal.
Diikuti dengan ketua kumpulan iKON iaitu B.I atau nama sebenarnya Kim Hanbin selepas didakwa terlibat dengan kes dadah. B.I telah didakwa membeli dan menggunakan dadah sekitar tiga tahun.
BACA: “Ketika Alami Masa Sukar Saya Tak Sepatutnya… Maaf…”- Didakwa Beli Dadah, B.I Umum Keluar iKON.
Manakala anggota kumpulan MONSTA X, Wonho mengikuti jejak langkah B.I selepas terlibat dengan kontroversi dakwaan hutang kepada seorang individu bernama Jung Da Eun selain didakwa melanggar undang-undang pada usia mudanya.
BACA: Kontroversi Dakwaan Hutang, Wonho Sah Tinggalkan MONSTA X
8.Wendy, Insiden jatuh diketinggian 2.5 meter
Baru-baru ini peminat K-Pop dikejutkan dengan insiden anggota kumpulan Red Velvet, Wendy terlibat dengan kemalangan semasa menjalani sesi latihan untuk konsert SBS Gayo Daejeon 2019.
Lebih mengejutkan lagi, Wendy terjatuh pada ketinggian 2.5 meter. Disebabkan insiden itu, Wendy mengalami kecederaan pada wajah, bahagian tulang pipi, patah tulang pinggul dan juga pergelangan tangan kanan.
Insiden itu menyebabkan peminat ‘naik hantu’ dengan kecuaian pihak produksi kerana kemalangan itu boleh membahayakan nyawa Wendy.
Bagaimanapun, pihak SBS telah membuat permohonan dan melakukan siasatan mengenai kejadian tersebut.
BACA: Jatuh Pentas Di Ketinggian 2.5 Meter, Red Velvet Wendy Patah Tulang Pinggul Dan Pergelangan Tangan
Walaupun sering dilimpahi dengan populariti, sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi namun bintang K-Pop juga berdepan dengan sisi gelap dalam industri mereka.
Semoga tahun 2020 menjadi tahun lebih positif buat industri hiburan di Korea.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.
Hiburan

Tampil Dengan Persembahan Hebat Di Coachella, LE SSERAFIM Tular Dikritik Kerana Prestasi Vokal Kurang Memuaskan

gempak
15/04/2024
15:00 MYT
Vokal LE SSERAFIM jadi perhatian.
Artis Korea

Dua Minggu Umum Bercinta, Han So Hee & Ryu Joon Yeol Putuskan Hubungan

gempak
30/03/2024
16:00 MYT
Sekejap je bercinta.