Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

THSS: Salah Landing Hingga Terkena Bahagian Czer Sewaktu Latihan, Ayda Jebat Kongsi Keadaan Terkini

Umirah Halim
07/07/2024 09:55 MYT
Penyanyi Ayda Jebat memaklumkan bahawa tempat pembedahan bersalin (czer) di perutnya berdenyut ketika melakukan latihan bagi minggu ke-8 The Hardest Singing Show.

Perkara tersebut berlaku setelah Ayda atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat membuat kesilapan iaitu mendarat secara ke depan ketika membuat lompatan.

Paling sakit pernah dialami

Berkongsi mengenai keadaan terkini, Ayda memberitahu bahawa kesilapan tersebut adalah kesakitan yang paling teruk pernah dialami sepanjang proses di melakukan persiapan di dalam pertandingan itu.

"Yang land di depan ini apa yang paling sakit saya pernah rasa sebab memang tak boleh kan. Kalau nak cakap pasal berani mungkin saya rasa seronok apabila dapat sesuatu buat benda yang diluar limitasi saya.

“Sebelum pertandingan pun saya sudah pesan dekat Nabil kalau saya terlupa tolong ingatkan saya untuk tidak landing di depan sebab nanti pressure di bahagian perut saya cumanya ketika itu memang semua lupa.

"Setakat ini so far so good tempat czer ini dah tak sakit cuma malam yang saya salah landing tu je yang sakit dan saya berhenti buat latihan itu dan saya latihan main api pula,” katanya ketika dihubungi Gempak.

​ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat Kongsi Keadaan Ayah Selepas Dimasukkan Ke Hospital Akibat Strok - "Sedih Bila Tiba-Tiba Tengok Ayah Terbaring Sahaja"

ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Selalu Buat Aksi Stunt Ganas, Ayda Jebat Sudah Terima Nasihat Doktor

​ARTIKEL BERKAITAN:Ayda Jebat Sedih Tak Dapat Tidur Dengan Anak - “Saya Punya Latihan Balik Lambat..”

Sementara itu, isteri kepada pengacara Nabil Mahir ini turut sempat menitipkan ucapan penghargaan kepada keluarga dan peminatnya yang sentiasa memberikan sokongan dan meminta agar dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

"Terima kasih juga dekat keluarga, peminat saya, pihak media yang selalu sokong saya, kalau bukan sebab korang saya takkan ada disini yang tetap semangat dalam pertandingan dan industri ini.

"Saya pernah juga terfikir kalau jahitan saya terbuka, takut juga kalau tiba-tiba terbuka dan doktor kena jahit balik tapi kita dalam situasi saya kena terima sakit itu sebab sikit sahaja lagi sebab dah nak semi final, sikit sahaja lagi untuk ke final doakan yang terbaik untuk saya,” tambahnya lagi.

​ARTIKEL BERKAITAN:Ayda Jebat Pesan Kepada Peminat Jangan Sesekali Bercakap Buruk Mengenai Artis Lain Di Media Sosial

Untuk info, rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.

Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.

Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.

Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show

* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000

beserta trofi sumbangan Astro.

* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.

* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.

'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).

Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.

Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.

#Ayda Jebat #Luka #Latihan #Kongsi #Czer #Denyut #THSS
;