The Hardest Singing Show

Ayda Jebat Pesan Kepada Peminat Jangan Sesekali Bercakap Buruk Mengenai Artis Lain Di Media Sosial

gempak
Izwan Isa
09/06/2024
02:47 MYT
Sponsor Banner
Ayda Jebat Pesan Kepada Peminat Jangan Sesekali Bercakap Buruk Mengenai Artis Lain Di Media Sosial
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mendedahkan sebab mengapa dia meluahkan perasaan di platform X tempoh hari mengenai rasa tidak suka sesetengah kelompok individu terhadapnya dirinya, terutama ketika dia kini sedang mengikuti pertandingan The Hardest Singing Show (THSS).
Ayda berkata, disebabkan misinya untuk melakukan yang terbaik, dia mahu tetap fokus dengan apa yang ada dihadapan, bukan di belakangnya.

Pesan kepada peminat

“Kalau ikutkan nak terasa hati tu banyak kali… Saya rasa mungkin kita dalam competition (THSS) dan penat yang saya alami itu sudah sampai luar limitasi. Bila baca orang tak appreciate kita buat atau orang rasa kita tak bagus atau ada artis lain yang lebih bagus. “Kemudian kita lihat dia tweet… dia sokong dia ni. Sebab itu saya luahkan menerusi platform X baru-baru ini. Saya ni memang tak bagi peminat saya untuk berkata sesuatu tentang artis lain. Tapi, at the same time, itu di luar kawalan artis itu juga… orang luar jugalah, bukan dalam fan club,” katanya kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat Sedih Tak Dapat Tidur Dengan Anak - “Saya Punya Latihan Balik Lambat..”

​ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat Sedia Kongsi Ilmu Dengan SMDX - “Beri Peluang, Tapi Harus Sedar Apa Yang Dilakukan Itu Kesilapan”

​ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat kena serang anjing masa interview | Pintu Belakang The Hardest Singing Show

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Selalu Buat Aksi Stunt Ganas, Ayda Jebat Sudah Terima Nasihat Doktor

​ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat terjatuh? Persembahan Aisha Retno & Aepul Roza bertaraf International? - Highlights The Hardest Singing Show |…

Menurut Ayda, dia juga seorang manusia biasa dan ‘terasa hati’ itu dianggap satu hal yang normal bagi dirinya.
“Kalau nak cakap terasa hati, of course ada. Kita manusia, bukan robot. Apa dia cakap tu kadang-kadang buat saya mahu give up juga. Kita ni kuat untuk buat apa yang kita suka. I want to be in this competition, not just to win, insya-Allah, tapi untuk buat persembahan.
“Dari dulu kita nak buat apa dan tunjukkan apa yang kita mampu buat. Bukan saya sahaja malah artis lain juga. “Jika ada komen yang melampau, saya maafkan sebab kita tidak tahu situasi mereka bagaimana. Kalau baik saya ambil, kalau berlebihan saya maafkan,” tutur Ayda.
Selain Ayda, barisan peserta yang masih lagi bertanding ialah Aepul Roza, Aishah Retno, De Fam, Putera Muhammad, Stacy dan Zizi Kirana.
The Hardest Singing Show bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, pukul 9.00 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024