,
Hiburan

Tiada Elektrik, Tadah Air Perigi, Buang Air Besar Pula Di Semak...Pendedahan Ustaz Ebit Lew Ini Buat Ramai Sebak!

Hanafis Haris
12/05/2020
09:23 MYT
Tinggal jauh di pedalaman tanpa sebarang kemudahan sumber air dan api selama tiga tahun, itu yang terpaksa dihadapi oleh sebuah keluarga di Kampung Sri Damai Kuantan.
Kisah penderitaan dialami keluarga berkenaan didedahkan menerusi video di YouTube rasmi milik Ustaz Ebit Lew.
Menurut Ebit, dia tidak dapat menahan sebak melihat kepayahan terpaksa ditanggung seorang ibu dan tiga anaknya.
"Buang air besar di semak, tadah air perigi.
"Biasa saya tahan air mata depan mereka. Hari ini saya biarkan je menangis depan kakak dan anak ini.
"Anak semua tak sekolah, kad pengenalan semua ada. Tangga nak naik rumah patah, tandas tak ada.
"Betul-betul luka hati saya hari ini," katanya.
Menurutnya, dalam masa empat jam dia berjaya menyelesaikan masalah keluarga tersebut untuk pindah ke rumah baru.
"Selesai pindah rumah. Tak sangka macam mimpi lagi.
"Saya bayarkan sewa sebulan rm600. Saya bayar dengan deposit rm2700. Doakan saya terus dapat bayar insyaAllah," katanya.
Anda boleh lihat video penuh di bawah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.