Pelakon Datin Seri Zizie Ezette, 42, mengumumkan akan mengambil seorang lagi anak angkat selepas membesarkan dua orang angkat.

Menurut Zizie, dia baru mempunyai kelapangan masa untuk menguruskan pengambilan tersebut di Pejabat Kebajikan Masyarakat Gombak.

"Hari untuk uruskan dokumen pengambilan anak angkat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Gombak.

"Baru lah ada kelapangan. Sebelum ni mommy sorang ni sibuk mengandung dan beranak je 3 tahun berturut-turut.

"Tahun ni baru dapat relax sikit. Insya-Allah tahun depan ada lagi sorang. Eh!" kongsinya menerusi sebuah entri di Instagram (IG).

Hari utk uruskan document pengambilan anak angkat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Gombak. . . Baru lah ada kelapangan. Sebelum ni mommy sorang ni sibuk mengandung dan beranak je 3 tahun berturut2. Tahun ni baru dpt relax sikit. In shaa allah tahun depan ada lg sorang. Eh! ?? . . Kpd yg bertanya, saya guna procedure yg sama mcm org lain & betul mengikut undang2. Kena beratur, ambik nombor, tggu giliran. Isi borang. Everything. Tiada keistimewaan atau guna cable. ? . . #maskon #newnormal #socialdistancing

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on


Tambah pemilik nama Zizie Izette Abdul Samad berkata urusan pengambilan dia sama seperti orang lain tanpa layanan istimewa.

"Kepada yang bertanya, saya guna prosedur yang sama mcm orang lain dan betul mengikut undang-undang.

"Kena beratur, ambik nombor, tunggu giliran. Isi borang. Semuanya. Tiada keistimewaan atau guna cable," tulisnya lagi.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lapan bulan.

Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 4 dan Aaric Zayn Izette, 2.