HIBURAN

“Tiada Kena Mengena Dengan Penyakit Ain” - Sufi Tutup Wajah Anak Demi Jaga Hati Kawan & Elak Komen Negatif Netizen

Mya Amri 27/02/2025 | 21:55 MYT
Penyanyi, Sufi Rashid menjelaskan pilihan untuk menutup wajah anaknya dalam media sosial bukanlah disebabkan penyakit ain.

Mahu jaga hati rakan

Sebaliknya, Sufi atau nama penuhnya Muhammad Sufi Rashid, 33, hanya mahu menjaga hati rakan lain yang masih belum memiliki cahaya mata selain tidak mahu anak mereka menerima komen negatif daripada netizen.

“Ramai juga yang sangka kita tutup muka anak kerana penyakit ain sebenarnya tiada kena mengena pun.

“Rezeki anak ini memang saya dan isteri rancang dalam tempoh lima tahun perkahwinan, cuma tak sangka kami dapat anak dalam masa singkat.
“Sementara saya ada ramai kawan yang sudah berkahwin 10 tahun, namun masih berusaha dapatkan zuriat.
“Bagus juga tutup muka kerana orang-orang kita suka komen yang bukan-bukan.
“Bila tutup muka anak, senang. Kita dapat elak daripada komen begitu,” jelasnya.
Sufi berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media mengumumkan konsert Universal Music Malaysia yang berlangsung di Le Meridien, Petaling Jaya baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Sufi Rashid, Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Sabreen Aleyna - "Rasa Excited, Pemberian Allah Terbesar"

ARTIKEL BERKAITAN:Sufi Rashid, Ibu Kembali Berbaik - "Iktibarnya, Kita Kena Sentiasa Bersabar Dengan Keluarga"

ARTIKEL BERKAITAN:"Baby London!" - Lima Tahun Menunggu, Sufi Rashid & Nurulain Bakal Sambut Cahaya Mata Pertama

ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Menangis Apabila…” – Sufi Rashid Syukur Miliki Isteri Kuat Dan Tabah

ARTIKEL BERKAITAN:"Lainlah Baju Aku Nampak Anggota-Anggota Yang Mengiurkan .." - Didakwa Seksi, Isteri Sufi Rashid Tampil Bersuara

Kongsi selepas usia setahun

Bagaimanapun kata Sufi, dia hanya akan berkongsi wajah cahaya mata mereka selepas usianya mencecah setahun.

“Waktu isteri mengandung pun ramai tanya tip dan ada juga luahkan kesedihan sebab isteri mudah dapat anak sedangkan mereka tidak.

“Sebab itu saya dan isteri buat keputusan untuk tidak tunjuk muka anak di media sosial sampai umurnya setahun.
“Tetapi kami bawa sahaja anak keluar berjalan-jalan,” ujarnya.
Sebelum ini, Sufi mencuri tumpuan ramai apabila menutup wajah anaknya setiap kali memuat naik gambar di media sosial.
Sufi menimang cahaya mata pertamanya, Sabreen Alena, pada November tahun lalu di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Untuk rekod, Sufi dan Nurulain Md. Yusof berkahwin pada 21 September 2019.
#Anak #Sufi Rashid