Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tiada Lagi Gambar Bersama Di Media Sosial, Rumah Tangga Baim Wong Didakwa Goyah?

Amri Hassan
23/06/2024 18:31 MYT
Pelakon Indonesia, Baim Wong masih mengunci mulut berhubung khabar angin rumah tangganya bersama isteri, Paula Verhoeven sedang bergolak.

Dakwaan tersebut mula tercetus selepas Baim dan isteri disyaki sudah tidak tinggal sebumbung.

Dalam pada itu, menurut laporan portal Indonesia Popbela, hubungan Baim dan Paula dikatakan berantakan selepas mereka tidak saling berkongsi foto bersama di media sosial.

Malah, isterinya itu juga tidak kelihatan semasa majlis ulang tahun bapa aktor berkenaan pada Jun baru-baru ini.

Sementara itu, menerusi video dimuat naik di aplikasi YouTube miliknya, Baim memohon maaf kepada wartawan kerana tidak dapat memberikan kenyataan berhubung konflik rumah tangganya itu.

“Buat wartawan saya tak boleh beri kenyataan buat masa ini. Saya mohon maaf, tetapi doakan yang terbaik untuk kami,” tuturnya.


Sekadar info, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada 2018 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Kiano, 3, dan Kenzo, 2 tahun.

BERITA TRENDING: Anna Jobling ‘Nervous’, Tak Sangka Dipilih Oleh Baim Wong - “Dia Nak Tengok Saya Depan-Depan”

BERITA TRENDING: Walaupun Isteri Keguguran, Baim Wong Tetap Tunai Janji Hadir Majlis Kahwin Janna Nick

BERITA TRENDING: Tak Nak Menyesal, Baim Wong Berazam Khatam Al-Quran Ramadan Ini

BERITA TRENDING: Baim Wong & Isteri Kini Menjadi Pasangan Yang Paling Dibenci Di Indonesia? Ini Sebab-Sebabnya…

#pelakon #Viral #Baim Wong #Indonesia #Rumah tangga #Paula Verhoeven #Medsos #Goyah
;