Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tiada Lagi Koleksi Raya RR by Rizman Ruzaini Tahun Depan! - "Kami Rasa Inilah Masanya ..."

Amri Hassan
19/03/2024 05:22 MYT
Setelah empat tahun memeriahkan fesyen Raya tempatan dengan koleksi sempena Syawal untuk para pelanggannya, jenama fesyen lokal terkemuka, Rizman Ruzaini akhirnya mengumumkan bahawa Koleksi Raya RR 2024 adalah koleksi terakhir buat jenama itu di bawah label RR by Rizman Ruzaini.

BERITA TRENDING: Rizman Ruzaini Tak Terkesan Kontroversi Aliff Aziz, Filter Provokasi Di Media Sosial! - "Nak Boikot? Kami…

Kenyataan itu dikongsi Pemilik Bersama dan Pengarah Urusan Rizman Ruzaini, Rizman Nordin dalam acara Meet & Greet dan majlis berbuka puasa yang diadakan di Rumah Raya Rizman Ruzaini pada Sabtu.

"Kami rasa inilah masanya untuk kami tumpukan kepada perkembangan jenama kami di luar negara sebab ada sesuatu yang baik sedang menanti. Insya-Allah niat kami nak mengharumkan nama Malaysia, semoga suatu hari nanti apabila orang cakap Malaysia, orang bukan hanya ingat KLCC tapi juga Rizman Ruzaini," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Rizman Ruzaini Lancar Koleksi Raya Sempurnakan Syawal 2024, Perkenal 26 Muses!

Rizman Ruzaini sebelum ini melakar kejayaan menerusi pertunjukan fesyen Dubai Fashion Week tahun lalu dan nama Rizman Ruzaini mula menjadi sebutan serta rekaan mereka kian mendapat tempat di pasaran timur tengah.

BERITA TRENDING: Naomi Campbell Peragakan Rekaan Rizman Ruzaini Di Dubai Fashion Week - "Dreams Do Come True"

Tidak berhenti di situ, Rizman Ruzaini juga dalam senarai jemputan untuk mengadakan pertunjukan di Paris Fashion Week dan beberapa selebriti antarabangsa dikhabarkan bakal menggayakan helaian Rizman Ruzaini.

Justeru, cabang tugasan yang lebih mencabar sudah dijangkakan dan mereka terpaksa memberi keutamaan kepada pasaran global setelah hampir dua dekad memeriahkan pasaran domestik.

Menurut Rizman lagi, inilah masanya untuk peminat mereka dan RR Royalties khususnya mendapatkan koleksi Raya RR 2024 ini.

"Kami seru kepada semua RR Royalties untuk cepat-cepat dapatkan koleksi raya ini, jadikan ia kenangan paling manis sebagai baju raya anda tahun ini," tambahnya.






Acara Meet & Greet ini telah dibuka kepada semua pelanggan yang datang membeli-belah di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur. Mereka berpeluang bersuai-kenal bersama pemilik jenama Rizman Ruzaini iaitu Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil di samping beramah-mesra dengan muses koleksi Raya RR 2024, Rozita Che Wan dan Idris Khan. Turut mengadakan persembahan istimewa ialah Liza Hanim dan kumpulan De Fam.

Lebih istimewa lagi, acara ini juga adalah untuk meraikan ejen-ejen daripada jenama makanan terkenal, Mamasab yang buat pertama kalinya menjadi ejen rasmi Koleksi Raya RR 2024. Menurut Rizman, mereka amat menghargai kolaborasi yang diadakan bersama Mamasab ini kerana ia memberi kelainan buat jenama itu apabila dua jenama lokal berbeza industri bergabung sempena Syawal tahun ini.

Dalam majlis berbuka puasa itu juga, pihak Rizman Ruzaini turut berinfak untuk 100 pek makanan yang diedarkan kepada semua tetamu yang datang ke Rumah Tangsi. Ini adalah salah satu sumbangan kecil mereka dalam merai dan menghargai pelanggan mereka di samping mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang mulia.

Eksklusif sepanjang 30 hari Rumah Raya Rizman Ruzaini berlangsung, mereka menawarkan promosi istimewa kepada pemegang kad Malayan Banking Berhad (Maybank) yang membeli koleksi mereka di sana. Untuk pemegang kad kredit Maybank yang berbelanja RM500 dan ke atas layak menerima diskaun sebanyak 20% manakala untuk pemegang kad debit Maybank dengan pembelian RM300 dan ke atas berpeluang menikmati diskaun sebanyak 10%.

Koleksi Raya RR 2024 ini telah dilancarkan sepenuhnya pada 1 Mac 2024 dan boleh juga dibeli melalui atas talian di www.rrbyrizmanruzaini.com.
#Viral #Gaya Hidup #Fesyen #Raya #Rizman Ruzaini #Dubai #Paris #Koleksi
;