Impian menjadi kenyataan buat pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini apabila model terkenal antarabangsa iaitu Naomi Campbell berjalan menggayakan rekaan mereka di minggu fesyen Dubai.

Model terkenal berusia 53 tahun itu menggayakan rekaan koleksi Rizman Ruzaini ’s Spring/Summer 2024 showcase.

Perkongsian Rizman Ruzaini di laman sosial turut mendapat pujian daripada rakan selebriti yang juga meluahkan rasa bangga dengan duo pereka fesyen terkenal itu.

“Epic and phenomenal! U both are amazing! Congratulations dear brother! Subhanallah walhamdulillah! Congratulations @rizmanruzaini @rizman.n @ruzaini.jamil and team! Fly higher.

“Bangga dengan Rizman Ruzaini.

“OMG, tahniah abang Rizman Ruzaini. Sangat bangga dengan anda berdua.

“So Amazing! Congratulations my dears,” komen rakan-rakan mereka.