Kumpulan K-Pop popular, BLACKPINK mengumumkan mereka akan menampilkan Selena Gomez dalam single terbarunya tidak lama lagi.

Pengumuman itu sekaligus menamatkan tanda tanya dalam kalangan peminat tentang siapakah 'penyanyi misteri' dari Hollywood yang akan ditampilkan dalam single tersebut.

Pihak pengurusan BLACKPINK, YG Entertainment telah melancarkan poster rasmi tentang kerjasama itu.

Menurut info dalam poster tersebut, single yang dinanti ramai itu akan dilancarkan pada 28 Ogos ini.



Terdahulu, terdapat segelintir peminat membuat andaian Ariana Grande akan muncul dalam single itu, namun ia ternyata salah sama sekali.

Sumber : allkpop.com