Pelakon dan bintang Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) Khir Rahman menjelaskan ketiadaan Vicha untuk menyertai kumpulan JANGGO tahun ini.

Menolak dakwaan mempunyai masalah dengan Vicha, Khir menjelaskan pelawak itu mempunyai tuntutan komitmen lain.

“Buat yang tertanya-tanya, Vicha masih lagi dalam kaum JBORN. Cuma tahun ini beliau mahu memberi lebih tumpuan buat perniagaan. Tidak ada langsung perselihan antara kami,” jelasnya menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya.


Selain itu Khir juga turut memperkenalkan anggota baharu JANGGO.

“@manrajalawak atau kini dikenali sebagai Man Tolini merupakan kaum JANGGO yang paling baru.

“Yang akan bersama bertarung sambil menghibur dalam gelanggang #MLS2 ini,” tulisnya.


BACA: Boleh Tahan Hebat Line Up Musikal Lawak Superstar 2, Eh Cik B Pun Adalah!

Selain Elly sebagai hos, pelakon Fazura, Zul Ariffin dan Datuk Awie pula dipilih untuk menjadi juri tetap MLS2.

MLS2 bersiaran bermula 18 Disember setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 di www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.