HIBURAN
Tiada Niat Untuk Riyak, Syafiq Kyle Syukur Kisah Cinta Dengan Mimi Lana Dijadikan Contoh - “Tujuan Saya Berkongsi…”
Pelakon, Syafiq Kyle meluahkan rasa syukur apabila perkongsiannya sebelum ini yang memohon doa di hadapan Kaabah agar dijodohkan dengan isterinya, Mimi Lana dijadikan contoh oleh orang ramai.
Dijadikan contoh
Tak berniat untuk riyak, pemilik nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, berkata, tujuan dia berkongsi mengenai perkara itu hanyalah mahu memuji kebesaran Yang Maha Esa.
"Alhamdulillah apabila ada yang menjadikan itu sebagai satu contoh, lagi pula itu perkara yang baik.
"Apa pun yang terjadi semua ini bukan sebab saya tetapi sebab Allah. Usaha saya hanya kecil sahaja, tetapi kebesaran Allah yang lagi besar.
"Tujuan saya berkongsi apa yang saya buat adalah untuk meraikan kebesaran Ilahi. Tiada niat lain,” kata Syafiq.
Sudut positif
Dalam pada itu, pelakon berusia 33 tahun itu meluahkan rasa syukur apabila perkongsian tersebut dipandang dari sudut positif.
"Saya lihat perkongsian saya itu diambil dengan sangat positif oleh orang ramai. Namun jika ada yang lihat dari sudut kurang baik, saya mohon maaf. Saya percaya, apa sahaja yang dibuat oleh manusia ada baik dan buruknya," ujarnya.
Terdahulu, Syafiq mendedahkan sepanjang 14 hari berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah, dia sentiasa berdoa di hadapan Kaabah agar dijodohkan dengan Mimi.