Perlukan bantuan Don Arif? Jom jumpa pada 31 Oktober ini di pawagam! ?

Tiada Orang ‘Call’ & Mesej, Nur Nilam Halalkan Duit Yang Hilang Dicuri Ketika Kemalangan - “Sehingga Kini Saya Masih Belum…”

Asyikin Mayudin
25/10/2024 07:54 MYT
Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu aktres Nur Nilam Ortiz memilih untuk menghalalkan wang yang hilang sewaktu mereka terlibat dalam satu kemalangan di Kuala Lipis, Pahang pada minggu lalu.

Tiada panggilan telefon & mesej

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Nilam berkata dia reda selepas tidak menerima sebarang panggilan telefon atau mesej daripada mana-mana pihak yang ingin memulangkan wang berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Azlan Komeng Kini Jual Sos Buatan Sendiri Bantu Tampung Keluarga - "Apa Sahaja Kerja Datangkan Duit Saya Akan Buat"

ARTIKEL BERKAITAN: “Lepas Ni Boleh Buat Hal Masing-Masing Kalau Nak, Saya Mungkin Lumpuh…” - Isteri Sebak Dengar Luahan Hati Azlan Komeng, Mohon Doa Cepat Sembuh

ARTIKEL BERKAITAN: "Ingatkan Pantulan Lampu, Tapi Lori Masuk Jalan Kami" - Azlan Komeng Cerita Detik Cemas Kemalangan, Perlu Bedah Pinggul

“Saya nak cerita fasal isu duit kami yang hilang, ramai sangat tag dan bertanya kerana sehingga sekarang tiada sebarang kenyataan dikeluarkan.

“Sehingga kini, saya masih belum terima duit yang hilang itu. Belum juga terima sebarang panggilan telefon atau mesej untuk pulangkan wang berkenaan.

“Saya sedia maklum, potensi untuk dapatkan semula duit tidak akan berlaku. Jadi selepas difikirkan, saya dan suami kata, demi Allah demi Rasul kami halalkan duit tersebut dunia akhirat,” katanya.

Luaskan rezeki

Pada perkongsian yang sama, Nilam turut berdoa agar Allah sentiasa meluaskan rezeki dia sekeluarga.


“Kami minta pada Allah, semua Allah lapangkan dan luaskan rezeki kami sekeluarga. Kami tidak mahu fikir lagi. Kalau ada rezeki, insya-Allah.

“Untuk awak (pelaku) yang ambil duit kami, kami suami isteri halalkan duit tersebut. Supaya kejadian ini menjadi asbab untuk awak berubah, sama-sama doa,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Azlan memaklumkan sebuah beg berisi wang hasil perniagaan telah dicuri sewaktu dia dan isteri terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

undefined
#Kemalangan #Azlan Komeng #Nur Nilam #Azlan Komen kemalangan #Wang hilang
;