"Tiada Pendaftaran Nama Datuk Boy Iman Sebagai Calon Doktor Falsafah" - Universiti Malaya

Amri Hassan
April 6, 2018 02:32 MYT
Universiti Malaya menerusi sebuah kenyataan media hari ini menjelaskan status pendaftaran calon Doktor Falsafah Datuk Boy Iman.
Nama pelakon itu disahkan tidak pernah didaftarkan sebagai calon Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di universiti tersebut.
"Universiti Malaya ingin menarik perhatian umum berhubung status pendaftaran calon Doktor Falsafah Noruliman A Rahman dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (secara penyelidikan).
"Pihak UM telah membuat semakan dan mengesahkan bahawa tiada pendaftaran atas nama individu ini sebagai calon Doktor Falsafah di UM. Sekian, terima kasih," maklum kenyataan tersebut.

Dan sukalah admin di sini menyampaikan kenyataan rasmi mengenai penjelasan status pendaftaran Noruliman A Rahman sebagai calon doktor falsafah di UM. Minta jasa baik followers @unimalaya untuk hebahkan ya. pic.twitter.com/MXbideKzZt

— University Of Malaya (@unimalaya) April 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Datuk Dr. Boy Iman sebelum ini pernah memuat naik entri di Instagramnya membuktikan kredibilitinya memiliki Doktor Falsafah dari Universiti Malaya lengkap berserta sekeping fail tertera nama dan gambarnya.
"Buat mereka yang bergelar pak cik bawang dan mak cik bawang," tulis Boy Iman.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter @unimalaya
#pelakon #Viral #Kontroversi #Pelakon #Viral #Datuk Boy Iman #Universiti Malaya