Sukan Paralimpik Tokyo 2020 telah pun bermula pada 24 Ogos lalu.

Biarpun ini kali kedua Tokyo, Jepun menjadi tuan rumah, namun suasana acara perasmian ternyata berbeza memandangkan dunia masih bergelut dengan pandemik Covid-19.

Bagi yang tertanya apa fakta menarik tentang Sukan Paralimpik Tokyo 2020, ini 7 perkara yang anda perlu tahu!

#1 Tiada Penonton

Mengambil langkah berjaga, acara perasmian kali ini diadakan tanpa sebarang kehadiran penonton.

Malah, atlet masih lagi perlu memakai pelitup muka di Stadium Nasional memandangkan pandemik COVID-19 masih lagi menjadi kebimbangan di bandar raya Tokyo.

#2 161 Negara Terlibat

Untuk temasya kali ini, seramai 4,403 atlet daripada 161 negara termasuklah pasukan pelarian akan mengambil bahagian.

Jumlah ini disifatkan sebagai pencapaian terbesar memandangkan susulan kesihatan global.

#3 Nasib Afghanistan

Untuk makluman, atlet Afghanistan tidak dapat terbang ke Tokyo selepas Taliban mengambil alih pentadbiran negara itu.

Pun begitu, bendera negara terbabit dibawa oleh sukarelawan sebagai simbolik 'solidariti' terhadap atlet dari Asia Tengah itu.

#4 532 Acara Paralimpik

Sukan Paralimpik menampilkan 539 acara daripada 22 sukan dengan beberapa sukan dipertandingkan buat kali pertama seperti taekwondo dan badminton.

#5 Malaysia Negara Ke-36 Terbaik Dunia

Malaysia merupakan negara ke-36 terbaik dunia menerusi kejayaan tiga emas, dua perak dan enam gangsa sejak mula menyertai Sukan Paralimpik pada edisi 1972 di Heidelberg, Jerman.

#6 Malaysia Sasar 3 Pingat Emas

Tiga pingat emas menjadi sasaran 22 atlet luar biasa negara pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 kali ini.

Lima atlet menjadi sandaran untuk membawa pulang tiga pingat emas iaitu Mohammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly (olahraga); S. Suresh (memanah); Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting) dan Cheah Leik Hou (badminton).Sasaran ditetapkan itu bagi mengulangi pencapaian lima tahun lalu pada edisi Rio 2016 yang menyaksikan Ziyad, Latif dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya meraih pingat emas, manakala satu gangsa dimenangi Siti Noor Radiah Ismail.

#7 Busana Pahlawan Curi Tumpuan

Seperti Olimpik Tokyo, kontinjen Malaysia sekali lagi mencuri tumpuan apabila memperagakan persalinan pahlawan semasa perbarisan upacara pembukaan Sukan Paralimpik 2020, sebentar tadi.

Busana tersebut diinspirasikan menerusi persalinan Laksamana Hang Tuah daripada segi penggayaan dan adaptasi motif tradisional dengan idea segar serta mengekalkan Jalur Gemilang sebagai warna utama.

Tatacara pemakaian lengkap bertanjak, baju sikap dan samping melambangkan kejituan rasa cinta kepada Malaysia dan pakaian kebangsaan.

Begitu juga busana wanita lengkap berdokoh dan selendang tampak sopan yang mempamerkan identiti Malaysia yang kaya dengan budaya tersendiri.

Berikut merupakan senarai atlet Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020:

Olahraga

Abdul Latif Bin Romly (Lompat Jauh - T20)

Muhammad Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru - F20)

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100m - T36)

Wong Kar Gee (Lompat Jauh - T13)

Siti Noor Lasah Mohamad Ariffin (400m - T20)

Memanah

Suresh Selvatamby (Recurve Lelaki)

Wiro Anak Julin (Kompoun Lelaki)

Badminton

Cheah Liek Hou (Single Lelaki SU5)

Didin Bin Terasoh (Single Lelaki SH6)

Boccia

Chew Wei Lun (Mix Individual - BC1)

Berbasikal

Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin

Muhammad Hafiz Jamali

Zuhairie Ahmad Tarmizi

Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais

Nurul Suhada Zainal

Angkat Berat

Bonnie Bunyau Gustin (Lelaki 72kg)

Jong Yee Khie (Lelaki 107kg)

Renang

Brenda Amelia Larry

Muhammad Nur Syaiful Bin Zulkefli

Jamery Anak Siga

Ping Pong

Chee Chaoming (Single - TT9)

Tenis Kerusi Roda

Abu Samah Borhan (Single Lelaki)