Hiburan

Tiada Permintaan Daripada Rosmah Untuk Bertemu Rajnikanth - Rizal

gempak
Syafiqah Jalal
30/03/2017
01:59 MYT
Sponsor Banner
Tiada Permintaan Daripada Rosmah Untuk Bertemu Rajnikanth - Rizal
Laporan berita baru-baru ini yang menyebut bahawa terdapat permintaan daripada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk bertemu bintang filem Tamil, Rajnikanth, seperti yang disiarkan Malaysiakini hari ini, adalah tidak benar sama sekali.
Ketika menafikan laporan itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor, berkata spekulasi daripada sumber tidak berasas sangat tidak membantu."Datin Seri Rosmah amat menyanjungi Rajnikanth dan memahami bahawa beliau seorang bintang yang sangat ternama - di India dan di Malaysia.
"Bagaimanapun, laporan berita baru-baru ini yang menyebut terdapat permintaan untuk beliau bertemu Mr. Shivaji (nama sebenar Rajnikanth ialah Sivaji Rao Gaekwad) adalah tidak benar sama sekali. Tidak ada pun dalam jadual lawatan ke negara yang merupakan sebuah daripada ekonomi paling pantas berkembang di dunia," katanya menerusi kenyataan semalam.
Menurut Malaysiakini laporan itu diperoleh daripada The Telegraph, sebuah laman web berita India, bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dikatakan telah meminta untuk bertemu Rajnikanth.
Bagaimanapun, Malaysiakini gagal untuk mengesahkan dakwaan itu.
Najib, diiringi Rosmah, akan melakukan lawatan rasmi lima hari ke India mulai esok, meliputi Chennai, New Delhi dan Jaipur.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live