,
Hiburan

Tiada Punca Pendapatan, Isteri Lumpuh Separuh Badan…Rahmat Rabbani Diduga

Fiza Kamarudin
28/04/2020
04:00 MYT
Anggota kumpulan nasyid Rabbani, Ahmad Shafie atau lebih dikenali sebagai Rahmat Rabbani mengakui kehidupannya kini sukar, tambahan lagi selepas isteri tercinta Norazlina A. Rahman, 48 mengalami masalah strok.
Tidak mahu berkongsi cerita pada awalnya kerana bimbang dituduh meminta-minta, namun selepas dipujuk Rahmat akhirnya sudi berkongsi masalah hidupnya.
Rahmat berkata isterinya tidak lagi mampu menjalani kehidupan dengan sempurna sejak awal Mac lalu selepas doktor mengesahkan Norazlina mengalami kelumpuhan separuh anggota badan.
“Ini dugaan buat kami sekeluarga apabila saya juga semakin susah untuk bergerak kerana perlu menjaga isteri di rumah. Saya sendiri sudah tidak ada punca pendapatan apabila Rabbani tidak lagi dipanggil untuk membuat persembahan pentas semenjak awal tahun lalu.
“Sepanjang 2019 juga, persembahan sangat terhad dan lebih kepada persembahan berbentuk amal sahaja. “Dalam keadaan tidak ada pekerjaan dan kini isteri pula sakit, memang dugaan ini agak berat untuk kami sekeluarga,” kata Rahmat, berkongsi sedih.
Kehidupan keluarga Rahmat sebelum ini banyak bergantung kepada tawaran persembahan pentas bersama Rabbani semenjak lebih 20 tahun lalu.
Tambah Rahmat, keadaan semakin parah apabila tragedi pandemik COVID-19 melanda negara dan semua orang perlu duduk di rumah mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan bermula pertengahan Mac lalu.
“Sebelum ini kalau tak ada tawaran persembahan pun isteri turut membantu ekonomi keluarga dengan berjualan masakan tradisi Terengganu, seperti nasi dagang dan laksam.
“Tapi sekarang keadaan berubah 100 peratus apabila dia sendiri sudah tidak berupaya dan saya pula tidak boleh ke mana-mana untuk mencari rezeki buat menampung belanja keluarga,” katanya.
Katanya, isteri memerlukan kos sebanyak RM1,500 sebulan bagi keperluan ubat-ubatan, pampers dan keperluan lain.
Mereka yang ingin membantu meringankan beban Rahmat dan isteri boleh terus menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Ahmad bin Shafie- 564276050533.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Drama

7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

gempak
20/10/2024
12:55 MYT
Kesihatan mental adalah penting untuk kesejahteraan, tetapi sering diabaikan. Mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan mental dan melakukan intervensi awal adalah kunci untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Hiburan

“Semoga Kita Sihat Supaya Mampu Berdikari, Tak Perlu Bantuan Orang Lain Untuk Beli Hermes” - Fiza Frizzy

gempak
09/10/2024
09:55 MYT
Pengacara, Fiza Frizzy tampil memberikan komennya mengenai isu yang didakwa sedang panas di media sosial.
Viral

Pernah Ditipu Sampai Rugi Ratusan Ribu, Iddin Syah Trauma Nak Bagi Bantuan Melibatkan Wang - “Saya Sebelum Ini Berbaik Dengan Semua Orang Tapi…”

gempak
06/10/2024
23:55 MYT
Pernah ditipu oleh rakan niaga sebelum ini hingga kerugian ratusan ribu ringgit menyebabkan usahawan dan selebriti media sosial Iddin Syah kini berada dalam keadaan trauma malah serik untuk berbuat baik kepada individu lain.
Viral

Uncle Mike Galas Tanggungjawab Besar Di LTdL 2024, Ambil Peluang Buat CSR Bagi Bantuan Sepanjang Laluan

gempak
05/10/2024
12:25 MYT
Uncle Mike sekali lagi menjadi tumpuan apabila menjadi individu terpenting dalam mempromosikan penaja di perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
Unitar