Rapper dan usahawan, Caprice menempelak tindakan bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James yang mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman terhadap orang berkulit gelap.

Caprice mengkiritk perbuatan Samantha itu menerusi satu video yang dimuat naik di Instagramnya malam tadi.

Menurut Caprice, kenyataan yang dikeluarkan adalah satu perkara paling teruk pernah didengarnya daripada rakyat Malaysia.

"Macam mana awak boleh bagi tahu orang kena hadam racism dan suruh relax.

"Tiada siapa yang boleh pilih untuk jadi Melayu, Cina, India atau Iban sekali pun. Tiada siapa yang boleh pilih untuk jadi putih atau hitam," katanya.

Tambah Caprice, Samantha juga bukanlah orang biasa-biasa sebaliknya dia memegang takhta Miss Universe Malaysia 2017.

"Tapi macam mana boleh berfikiran terlalu kecil. Cantik tak semestinya cerdik, ye betul tapi cantik atau tak kita kena sentiasa mengejar ilmu," katanya.

Anda boleh lihat video penuh di bawah.

Cantik tak semestinya cerdik...

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on


Untuk rekod, isu berunsur perkauman terhadap orang berkulit gelap ini tercetus apabila seorang warga Afrika-Amerika George Floyd meninggal dunia selepas sukar bernafas akibat lehernya ditekan oleh lutut anggota polis Minneapolis, Minnesota.

Floyd ditangkap setelah polis menerima laporan dari sebuah pasar raya yang mendakwa dia menggunakan wang palsu ketika membeli barang.

BACA: “To The Black People.. Relax” - Dilabel Amal Sikap Perkauman, Ramai Mahu Gelaran Bekas Miss Universe Malaysia Dilucutkan!