Berita

“Tiada Suami, Tiada Gas Tahan Sakit”-Bersalin Ketika PKP, Mon Ryanti Kongsi Tips & Persediaan Ibu

Syafiqah Jalal
19/05/2020
09:50 MYT
Pelakon Mon Ryanti akui bersalin ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agak berbeza daripada sebelum ini.
Menurut Mon atau nama sebenarnya Haryanti Muhammad Sahudina Lee, ketika melahirkan anak ketiganya itu dia perlu mempunyai persediaan mental dan fizikal yang lebih kuat.
Berikut Mon kongsikan 6 persediaan serta tips yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu hamil yang dijangka bersalin dalam tempoh terdekat.
  1. Persediaan Fizikal dan Mental
“Sebenarnya ibu-ibu perlu bersedia dari segi fizikal dan mental bahawa proses bersalin ketika tempoh PKP tidak sama seperti waktu biasa sebelum ini. Jadi perlu lebih kuat untuk hadapi waktu getir nanti serta banyak lah berdoa serta berzikir.
  1. Pemeriksaan Covid-19
“Ibu-ibu perlu bersedia jika diminta untuk membuat pemeriksaan COVID-19 kerana boleh dikatakan ia merupakan prosedur untuk semua hospital sebelum memasuk dewan bersalin. Saya sendiri sudah melaluinya meskipun ketika itu sudah ada bukaan hendak bersalin namun hospital tetap teruskan prosedur seperti membuat pemeriksaan tersebut.
  1. Suami Tak Dibenarkan Masuk
“Saya sendiri bila dapat tahu suami tidak dapat masuk ke dalam dewan bersalin memang rasa sangat sedih dan gementar sehingga menangis. Ketika di dalam dewan bersalin, suami hanya berada di depan pintu dan kami hanya berborak menerusi aplikasi Whatsapp sahaja. Itu sahaja ketika itu medium yang ada sebelum saya bertarung nyawa melahirkan anak kami. Namun saya bersyukur kerana ditemani jururawata serta doktor yang baik sepanjang sakit kontraksi di dalam dewan bersalin.
  1. Gas Entonox Tidak Dibenarkan
“Jika kedua-dua anak saya sebelum ini, saya ada mengambil gas Entonox iaitu gas untuk tahan sakit tapi kali ini ia tidak dibenarkan. Menurut pihak hospital gas itu tidak dibenarkan sejak PKP lagi untuk langkah keselamatan. Rasa agak sedih juga kerana terpaksa bertarung nyawa tanpa bantuan gas itu.
  1. Sediakan Makanan Sebelum Ke Hospital
“Makanan penting untuk dibawa ke hospital kerana saya sendiri tidak terfikir untuk bawa dan agak kelaparan selepas bersalin. Yelah ketika musim PKP tidak ada banyak kedai makan yang buka. Café hospital juga tutup. Jadi sediakan lah makanan seperti biskut atau roti sebelum ke hospital
  1. Tiada pelawat
“Seperti semua sedia maklum hospital juga tidak menggalalakan pelawat untuk datang ke hospital untuk keselamatan dan mengelak daripada tularnya COVID-19,” katanya. Pelakon Jangan Pandang Belakang Congkak itu terpaksa melahirkan anak ketiganya di Johor pada 7 Mei lalu selepas terkandas di kampung halamannya sebelum PKP Mac lalu. Terdahulu, Mon Ryanti mendirikan rumah tangga bersama suaminya,Mohd Hasrul pada September 2014. Sebelum ini keduanya sudah pun dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Keenam-Enam Pelaku Dijatuhkan Hukuman Mati! Baru Hidup Saya Tenang" - Ibu Zulfarhan

gempak
25/07/2024
04:25 MYT
Ibu kepada mangsa buli, Zulfarhan mengakui dirinya berasa tenang selepas mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah membunuh.
Viral

"Kami Balik Dulu, Nanti Datang Lagi" - Abang Farah Kartini Ziarah Kubur, Wajah Hiba Ibu Bikin Netizen Sebak

gempak
21/07/2024
01:50 MYT
Abang kepada mangsa bunuh Nur Farah Kartini, Mohd Farizza Azmi Abdullah tampil mengemaskini perkembangan terbaharunya menziarah pusara adiknya di Tanah Perkuburan Kampung Nyuir Manis, Pekan, Pahang pada Sabtu.
Berita

Ibu Rindu, Ziarah Pusara Farah Kartini

gempak
19/07/2024
07:41 MYT
Mengubat rindu yang mendalam terhadap Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah yang telah pergi, ibunya, Salmah Abdullah meluangkan masa menziarahi pusara graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pagi tadi.
Hiburan

Izara Aisyah Akui Jadi Ibu Bukan Mudah, Tetap ‘Enjoy’ Waktu Bersama Anak-Anak - “Tipulah Kata Tak Penat, Tak Cukup Tidur…”

gempak
17/07/2024
03:55 MYT
Pelakon Izara Aisyah mengakui bukan mudah untuk menjadi seorang ibu dan pada masa yang sama mempunyai perniagaan yang perlu diusahakan.
Viral

Sibuk Bekerja, Pemuda Luah Rasa Kesal Tak Sempat Jawab Panggilan Terakhir Ibu - “Saya Sedang Charge Phone..”

gempak
12/07/2024
09:25 MYT
Sepotong video yang merakamkan detik detik menyayat hati seorang pemuda yang terlepas panggilan terakhir daripada ibunya ketika sedang bekerja berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.