Hiburan
Tiara Jacquelina Kagumi Semangat Neelofa
Penerbit dan pengarah, Puan Sri Tiara Jacquelina meluahkan rasa gembira bertemu Neelofa baru-baru ini.
Menurut Tiara, hos dan pelakon popular itu telah menjalani sesi penggambaran episod pertama Next To Neelofa di resort miliknya, Tiarasa Escapes.
"Lebih kurang seminggu lalu, saya bertemu wanita bergaya dan cemerlang ini, Neelofa yang memilih untuk menjalani penggambaran Next To Neelofa di Tiarasa Escapes," kongsi Tiara di Instagram.
Tiara mengatakan, kemesraan Neelofa membuatkan mereka terus berkomunikasi dengan sangat baik.
"Kami terus beramah mesra dengan cepat, saya dapat rasa aura seorang boss, seorang yang sangat mengutamakan kesempurnaan dan tak akan menyerah kalah.
"Kamu berhak dapat apa yang diperoleh hari ini, saya sangat bangga dengan kamu," tulisnya lagi.
Tidak berdiam diri, Neelofa membalas kata-kata pujian Tiara menerusi ruangan komen.
"Saya sangat bersyukur kerana berpeluang menemu bual Puan Sri Tiara untuk episod pertama, Puan Sri telah menetapkan 'standard' untuk rancangan kami, saya sangat gembira," tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Tiara turut meninggalkan respon positif.
Rata-rata mereka mengagumi kejayaan dua figura kesayangan ramai itu.
Must-Watch Video