Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil mengemaskini status di Instagram Stories sejurus selepas tularnya kenyataan Syamsul Yusof kepada media malam tadi.

BACA: Syamsul Yusof Nak Saman Jawi RM10 Juta? - “Mereka Telah Keluarkan Satu Kenyataan Fitnah …”

Puteri Sarah seakan-akan memberikan bayangan bahawa inilah waktu sesuai untuk menjawab segala gosip yang bertebaran.

“Jadi betullah gosip itu? Ok mengaku sajalah kan. Inilah masanya untuk anda mengaku segalanya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut mempertikaikan rasionalnya tindakan Syamsul untuk mengambil tindakan saman.

“Benda baik itu lebih baik umumkan sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk daripada keluarga anda sendiri.

“Benda macam ini tiba-tiba muncul. Tiber nak saman. Untuk apa?

“Fitnah? The truth will be prevail,” tulisnya lagi.



Terdahulu Syamsul tampil membuat kenyataan mahu menyaman Jawi berjumlah RM10 juta susulan badan terbabit didakwa membongkar maklumat peribadi yang dianggap sebagai satu fitnah.

Dipercayai dokumen itu mempunyai kaitan dengan kemelut rumah tangga Syamsul dan isteri, Puteri Sarah Liyana yang turut membabitkan orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.