gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bawa Konsep Borneo, Marsha Milan Gegarkan Malam Pertama Festival Muzik ASEAN-Korea ROUND 2025
HIBURAN
Rupanya Nam Ron Ada ‘Stage Fright’, Banyak Kali Fikir Sebelum Terima Teater - “Pensyarah Beritahu Saya Tidak Boleh Berlakon…”
HIBURAN
Cakra Khan Bakal Gegarkan Plenary Hall Dengan ‘Divine Concert’ Ogos Ini
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

“Tidak Ada Sebotol Pun Minuman Beralkohol”- Neelofa

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
28/02/2018
02:41 MYT
Sponsor Banner
“Tidak Ada Sebotol Pun Minuman Beralkohol”- Neelofa
Pelakon dan pengacara, Neelofa tampil menjelaskan apa yang berlaku selepas majlis pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahirannya ke-29 di pusat hiburan, Zouk dikecam netizen.
Neelofa yang dihubungi oleh pengacara MeleTop, Nabil Ahmad malam tadi memberitahu pusat hiburan itu hanya dijadikan tempat mengadakan majlisnya sahaja tanpa melibatkan aktiviti yang tidak bermoral.
“Memang tidak ada sebotol pun minuman beralkohol yang orang boleh nampak.
“Malah, tidak ada juga orang menghisap rokok ketika majlis itu berlangsung.
“Siapa yang tak datang saja yang kecoh, tetapi orang yang ada di situ (pusat hiburan) tahu apa yang berlaku,” katanya.
Neelofa dihubungi dalam program yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria itu, malam semalam.
Nabil ditemani pengacara Sherry Al Hadad selepas Neelofa tidak dapat menghadirkan diri ke program tersebut.
Majlis anjuran Neelofa itu semalam menjadi tular dan mendapat kecaman netizen selepas dianggap lokasi dan acara yang dilakukan tidak sesuai dengan imej bertudungnya.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Viral
#Neelofa
#Pelakon
#Viral
#Neelofa Zouk
#Zouk
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement