Hiburan
"Tidak Akan Merakamkan Lagi Lagu Cinta Buat Kekasih" - Alyah
Penyanyi Datin Alyah akui berasa berdosa kerana selama pembabitan dalam dunia nyanyian sering membuai pendengar dengan lagu cinta.
Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 39, tampil memohon maaf atas kekilafan kerana terlampau sibuk mengejar populariti.
"Salam Nuzul Quran. 20 tahun saya berjalan sebagai seorang penyanyi, saya menyanyi lagu cinta, lagu sengsara, lagu sedih, lagu curang, lagu kecewa kebanyakan lagu lagu saya semua berunsur cinta kepada manusia.
"Di bulan ramadan yang mulia ini saya ingin memohon kemaafan atas pengaruh yang saya bawa selama ini. Nyanyian saya menitiskan air mata kamu dan menitis kerana kasih pada manusia bukan kerana kasih kerana Allah swt bukan kerana para rasul bukan kerana para ilmuan agama.
"Bersalahnya saya pada kamu dan berdosanya saya pada kamu. Saya mohon ampun atas kekilafan saya selama ini dalam mengejar populariti," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, penyanyi Jutaan Purnama mendedahkan dia nekad untuk berhenti merakamkan sebarang lagu berunsurkan cinta antara kekasih.
"Saya la yang berdosa saya juga amat naif dan saya lah yang bersalah. Mulai saat ini saya tidak akan merakamkan lagi apa apa lagu cinta terhadap manusia lagu buat kekasih yang akan membuatkan kamu terbuai dan lupa pada Maha Pencipta.
"Mohon maaf atas keputusan ini. Selamat berpuasa semua. Lagu terbaik yang pernah saya tulis bersama @omarkrk & @ikhwanfatanna juga hasil usaha kakak saya @ayuputeh lagu yang saya lakarkan dari hati ketika saya masih mencari jawapan dalam kehidupan saya...Perjalanan saya masih jauh semoga Allah swt sentiasa bersama kita semua dan memberi redha.
"Sejauh mana kita mencari jawapan demi mencari bahagia sebenarnya ia ada pada diri kita sendiri hanya 1 kepercayaan Allah swt itu ada dan dia maha baik dan penyayang pada setiap hambanya," tulisnya lagi.
Must-Watch Video