Hiburan
Tidak Dibenarkan Lalu Red Carpet Majlis Anugerah, Krew Tampil Mohon Maaf Kepada Along Cham
Pelakon dan pelawak Along Cham mendedahkan dirinya tidak dibenarkan untuk melalui laluan karpet merah ketika Anugerah Skrin 2019 baru-baru ini.
Menurut Along, ketika dia dihalang oleh seorang krew, penyanyi dan penyampai radio Zayan, Mawi yang datang menyelamatkan keadaan.
"Cerita Red Carpet ASK 2019... Masa abang nak masuk menuju ke laluan red carpet ASK 2019 ni..
"Krew ASK 2019 tahan dan dia check invitation card abang... Lepas tu dia arahkan abang untuk menuju ke laluan lain...
"Pastu Mawi jerit eh itu Along Cham kot kenapa tak bagi dia lalu red carpet?" tulisnya di sebuah entri menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Tambah pemilik nama sebenar Muhammad Nizamuddin Ahmad ini, namanya sudah tertera di kad jemputan tersebut.
"Dengan spontannya krew ASK 2019 jawab “Ooo tak perasan pula.” Sedangkan dekat kad tu dah ada tulis details nya.
"Aduuhhh ape pun tahniah buat seluruh team filem Tiada Tajuk dan tuan direktornya @cahayaasmawi sebab tercalon untuk ASK 2019 untuk kali yang pertama," tulisnya lagi.
Hasil pemerhatian Gempak, tampil seorang krew ASK 2019 menjelaskan situasi sebenar kepada Along di ruangan komen.
Filem arahan Namron, One Two Jaga berjaya merangkul trofi Filem Terbaik di malam Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019).
Selain itu, filem ini turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Dr. Rosdeen Suboh), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Zahiril Adzim) dan Lakon Layar Terbaik (Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq).
Drama bersiri Di Sisi memenangi lima trofi menerusi kategori Drama Terbaik, Pengarah Terbaik (Wan Afzam Wan Daud), Penyunting Drama Terbaik (Izar Masuri), Lakon TV Terbaik (Amin Masyur) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Ruzaidi Rahman).
Must-Watch Video