Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

Tidak Digugurkan, Kontrak Bella Hadid Dengan Dior Tamat Mac Tahun Lalu

Izwan Isa
09/11/2023 08:37 MYT
Kecoh di media sosial apabila jenama fesyen terkemuka, Dior dikatakan telah menggugurkan nama supermodel Bella Hadid sebagai duta dan menggantikannya dengan model asal Israel, May Tager.

Perkhabaran ini tentulah mencetuskan kemarahan ramai, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku ketika kemelut Gaza-Israel sedang memuncak.

BERITA TRENDING: Netizen Berang Dior Pecat Bella Hadid, Gantikan Dengan Model Isr*** May Tager!

Tambahan pula, Bella merupakan antara individu berdarah Palestin yang lantang bersuara dan kerap menggunakan pengaruhnya menentang keganasan zionis.

Susulan daripada perkhabaran tersebut, ramai yang mahu memboikot jenama berkenaan, selain menyerang platform media sosial milik Dior.

Namun, menerusi artikel yang disiarkan menerusi portal berita Associate Press (AP), Bella tidak digugurkan daripada kerjasamanya bersama Dior, tetapi kontrak anak kepada usahawan Mohamed Hadid itu telah tamat pada Mac tahun lalu.

BERITA TRENDING: Bella Hadid Akhirnya Bersuara, Tak Akan Berganjak Sokong Palestin - "Saya Menerima Ratusan Ugutan Bunuh"

Sumber kepada AP turut berkata, selain kempen Dior 2023, May Tager juga merupakan salah seorang model yang dipilih untuk membintangi kempen serupa pada 2022. Kedua-dua kempen tersebut menampilkan pelakon Anya Taylor-Joy sebagai wajah utama.

Untuk rekod, Bella mula bersuara mengenai keganasan zionis dan menunjukkan sokongan pada Palestin sejak dia dilantik sebagai duta bagi solekan Dior pada tahun 2016.

Sumber: AP

#Bella Hadid #Dior
;