Gitaris dan komposer, AG Coco selamat bergelar suami kepada penyanyi kumpulan duo Hani & Zue iaitu Zuliana Eusoff dengan sekali lafaz.

AG Coco atau nama sebenarnya Mohd Hezry Mohd Hafidz dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dalam majlis akad nikah yang berlangsung Kelana Jaya, semalam.

Pihak lelaki menyerahkan wang hantaran RM15 000 beserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan.

Menurut laporan BH Online, AG memberitahu mula tertarik untuk mendekati isterinya, Zue selepas diberi tanggungjawab menggubah lagu Biar.

"Kami semakin akrab sejak April lalu dan selepas tiga kali keluar bersama, saya dapat rasakan Zue memiliki kriteria yang dicari sebagai suri hati.

"Kami memiliki banyak persamaan, malah sering sependapat dalam banyak perkara.

"Memandangkan kita akan bersama pasangan sepanjang hayat, sudah semestinya saya mengimpikan dipertemukan dengan wanita yang boleh berbicara mengenai apa saja topik.

"Selepas tiga kali pertemuan, saya meluahkan hasrat kepada Zue untuk menjalin hubungan serius dan ingin menyuntingnya sebagai isteri.

"Kami tak ambil masa yang lama, selepas berjumpa tahun lalu, kami buat keputusan untuk berkahwin," katanya.

Pasangan ini akan diraikan pada majlis resepsi di sebuah hotel di Subang Jaya pada 24 Disember depan.

Sumber: BH Online