Laman Utama
Tidak Lagi Dikritik Soal Imej, Netizen Suka Penampilan Masya Masyitah Yang Sekarang – “Kan Manis Berpakaian Macam Ni”
Beberapa minggu lalu, nama penyanyi muda Masya Masyitah menjadi bualan ramai selepas memuat naik gambar dirinya mengenakan pakaian yang kurang sesuai dengan imej bertudungnya.
Ini kerana netizen kurang senang melihat Masya berkongsi gambar dia mengayakan jumpsuit yang dipadankan dengan sehelai turtleneck sewaktu bercuti di Dubai.
Bagaimanapun, Maysa enggan mengambil pusing hal berkenaan dan hanya memandang daripada sudut positif sahaja.
Malah, ibu kepada Juara Ceria Popstar Musim Ke-2 itu turut tampil menjawab beberapa tuduhan netizen terhadap dirinya dan Masya.
Terbaharu, lain pula cerita apabila Masya berkongsi beberapa gambarnya mengenakan baju longgar bewarna putih dan bertudung krim yang menutupi bahagian hadapan badan di laman Instagramnya.
Rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas meninggalkan pujian di atas penampilan pelantun lagu Simpanan itu yang dikatakan lebih manis dengan imej tersebut berbanding gaya fesyen yang ditampilkannya sebelum ini.
“Kan manis kalau berpakaian macam ni.
“Macam ni baru cantik.
“Kan cantik macam itu, orang tegur sebab sayang awak,” antara komen wargamaya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!