Skip to main content

Berita Tempatan

Tidak Mahu Anak Alami Nasib Yang Sama, Nia Ramadhani Halang Anak Bergelar Selebriti

nia-(1).jpg
Pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani mengakui tidak mahu anak perempuannya, Mikhayla Zalindra Bakrie bergelar seorang selebriti.

Menurut laporan Liputan6.com, Nia menjelaskan dia mahu anaknya membesar sama seperti kanak-kanak lain.

"Saya tidak mahu anak bergelar selebriti kerana kasihan dia akan penat jika menjalani penggambaran daripada pagi sehingga lewat malam.

"Saya terjun dalam bidang seni ini kerana ingin mencari wang, tapi buat masa sekarang saya mampu lagi untuk menanggung keluarga.

"Biarlah anak saya pergi ke sekolah sahaja dan belajar sama seperti orang lain," katanya.

Nia Ramadhani dan Adriansyah Bakrie  telah bernikah pada tahun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mikhaila Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie.
 

Must-Watch Video

Advertisement