Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tidak Membenarkan Anak Didekati Umum, Adam Corrie Harap Semua Pihak Faham

Zulaikha Yusof
30/05/2019 12:47 MYT
Pelakon Adam Corrie Lee mendedahkan anaknya, Adam Fateh Lee sedang mengalami demam dan batuk.

Menurut Adam, doktor menasihatkan supaya tidak membawa anaknya keluar dari rumah sebagai langkah berhati-hati.

"Anak saya tengah mengalami demam serta batuk sekarang. Saya sudah membawa dia ke hospital.

"Doktor terpaksa menyedut selesema yang sudah dicampuri dengan darah.

"Doktor juga turut menasihati saya untuk tidak membawa anak keluar dari rumah sebagai langkah berhati-hati," katanya kepada HLive.

Tambah pelakon filem KL Gangster mengharapkan semua pihak memahami sebab dia tidak membenarkan anaknya didekati.

"Saya harap pihak di luar sana faham bukan saya sombong ataupun tidak membenarkan orang lain menyentuh anak saya.

"Cuma anak saya berada dalam keadaan tidak sihat sekarang," katanya lagi.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

#pelakon #Pelakon #Adam Corrie
;