Laman Utama

Tidak Tahu Pasal Intan Najuwa & Tunang, Zul Ariffin Nafi Jadi Orang Ketiga

gempak
Zulaikha Yusof
22/03/2021
12:44 MYT
Sponsor Banner
Tidak Tahu Pasal Intan Najuwa & Tunang, Zul Ariffin Nafi Jadi Orang Ketiga
Pelakon Zul Ariffin, 35, menafikan dakwaan yang mengatakan dia menjadi punca hubungan aktres Intan Najuwa dengan ahli perniagaan bernama Razrul Anwar Rusli terputus di tengah jalan.
Menurut Zul, dia tidak tahu menahu mengenai status hubungan Intan dan bekas tunang sehinggalah diberitahu oleh media.
"Bukan saya tak ada kerja lain nak jadi punca perpisahan Intan dan bekas tunang dia.
"Lagipun sebelum ini, isu melibatkan kami berdua disebabkan drama gandingan kami dan saya pun tak baca mengenai cerita dia sah putus.
"Saya tak tahu pun (Intan putus tunang)... saya tahu ini pun sebab orang cakap," katanya kepada Gempak.
Zul ditemui ketika tayangan perdana filem Penunggang Agama di MMCineplexes, ECurve, Petaling Jaya, hari ini.
Tambah pelakon filem Sangkar, dia akui sudah lali apabila namanya sering dikaitkan dengan pelakon wanita yang pernah bergandingan dengannya dalam drama atau filem.
"Apa nak buat, saya memang dah selalu dikaitkan dengan macam-macam benda.
"Jadi saya dah tak kisah pun sebab ini bukan kali pertama nama saya dikaitkan... jadi suka hati la,” katanya lagi.
Terdahulu, Intan mengesahkan hubungan dia dengan bekas tunangnya sudah berakhir dengan menjawab soalan netizen menerusi ‘Ask Me Question’ di Instastory pada Isnin.
"Kami dua dah lama buat hal masing-masing. Dia dah gembira dengan kehidupan dia, saya pun dah gembira dengan kehidupan saya.
"Harap lepas ni takda soalan ni lagi," tulisnya.
Terdahulu, pada Februari 2020, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid dilaporkan sudah berpisah dengan Razrul.
Bagaimanapun sekitar Jun 2020, status mereka menjadi tanda tanya semula apabila Intan berkongsi foto yang memperlihatkan separuh badan seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan tersebut.
Intan kemudian tampil mengakui lelaki dalam foto tersebut adalah Razrul dan memberitahu hubungan mereka masih baik biarpun sudah berpisah.
Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2018 di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang ke-22.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live