gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Dulu Panggil Ipan, Tapi Dekat New Zealand Abang Long Panggil Saya Adik, Saya Amiin Je” – Irfan Harris
HIBURAN
“Saya Reda, Asalkan Anak-Anak Bahagia” – Aliff Aziz Ulas Hubungan Rapat Bella Astillah & Syed Saddiq
HIBURAN
JKKN & KESUMA Segarkan Warisan Melayu Menerusi ‘Temasya Tari Melayu: Lama Dalam Baharu’
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Saya Tak Mahu Orang Berdaftar Dianiaya” – Aaron Aziz Nafi Tutup ‘Periuk Nasi’ Agensi Pengurusan Haji & Umrah

Umirah Halim
Umirah Halim
27/07/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tak Mahu Orang Berdaftar Dianiaya” – Aaron Aziz Nafi Tutup ‘Periuk Nasi’ Agensi Pengurusan Haji & Umrah
Pelakon, Datuk Aaron Aziz tampil menjelaskan dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya menutup periuk nasi sebuah agensi pengurusan haji dan umrah, susulan pendedahan berkaitan hutang tertunggak yang dikaitkan dengan syarikat terbabit.
Menerusi satu hantaran video di Threadsl, Aaron, 49, menjelaskan bahawa tujuannya bersuara bukanlah untuk menjejaskan mata pencarian mana-mana pihak, sebaliknya untuk melindungi orang awam daripada terus menjadi mangsa.
“Kepada staf-staf dan kawan-kawan syarikat agensi ini yang mengatakan posting saya telah menutup sumber rezeki mereka, saya tidak mahu orang berdaftar dan dianiaya.
“So inilah keadaannya… Kalau saya tak bersuara, berapa ramai lagi yang akan diperlakukan sedemikian?” katanya dalam hantaran berkenaan.
Pelakon filem KL Gangster 2 itu turut berkongsi video memaparkan beberapa tangkap layar individu yang pernah berurusan dengan agensi sama dan berkongsi pengalaman kurang memuaskan.
Tinjauan mendapati ramai dalam kalangan mangsa turut mendakwa mereka berdepan pelbagai masalah seperti urusan tiket balik gagal diuruskan yang menyebabkan jemaah terkandas di sana.
Sebelum ini, Aaron Aziz mendedahkan dia menuntut bayaran hutang berjumlah RM65,000 daripada agensi terbabit yang dipercayai gagal melunaskan bayaran seperti dijanjikan dalam satu perjanjian rasmi.
Menerusi satu video di TikTok, Aaron mendakwa pihak berkenaan cuba mengelak daripada bertemu dengannya, malah enggan menjawab panggilan telefon serta tidak membalas mesej yang dihantar.
Dalam satu kenyataan terdahulu, Aaron turut mendedahkan bahawa dia pernah mendahulukan RM90,000 daripada poket sendiri bagi menyelamatkan sekumpulan jemaah umrah yang terkandas akibat kecuaian syarikat tersebut.
Pelakon The Experts itu menyifatkan tindakannya bukanlah untuk menagih simpati, tetapi demi memastikan keadilan ditegakkan dan pihak tidak bertanggungjawab tidak terus mengaut keuntungan atas angin.
Sumber: Threads
Topic Berkaitan
#Aaron
#Umrah
#Aziz
#agensi'
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement