Tidak Tamat Triathlon, Syed Saddiq Mohon Maaf
Gempak
10/07/2024 13:48 MYT
10/07/2024 13:48 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui beliau tidak menghabiskan larian dalam perlumbaan 113 Triathlon Desaru Malaysia 2024 di Desaru, Bandar Penawar, Johor, Sabtu lepas.
Syed Saddiq sebelum ini mendakwa beliau berjaya menduduki tempat ketiga dalam acara tersebut.
Keputusannya sebelum ini dipertikai oleh orang ramai, khasnya komuniti sukan yang sering mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
"Pada sesi kayuhan, saya curiga ada sesuatu yang tidak kena kerana saya kembali lebih awal daripada yang dijangka. Saya kemudian segera memaklumkan perkara itu kepada pasukan teknikal, dan saya diberitahu pada masa itu bahawa tiada masalah dan saya teruskan seperti biasa," katanya.
"Sekarang, terbitan data terbaru menunjukkan saya telah melakukan tiga pusingan dan melalui semua checkpoint, tetapi satu pusingan pada mulanya adalah untuk pusingan Olimpik, bukan pusingan 113 Triathlon," katanya.
"Ini menjelaskan mengapa ia (larian) bukan dua perjalanan 60 kilometer, tetapi tiga perjalanan pada 72 kilometer.
"Ini adalah kesalahan jujur. Meskipun memeriksa dua kali masalah semasa perjalanan dan memaklumkan pasukan teknikal, saya peserta seharusnya lebih bertanggungjawab.
"Saya minta maaf kepada komuniti triathlon," katanya.
Dengan pengakuan ini, status beliau di laman web penganjur perlumbaan sebagai DNF atau "Did Not Finish".
Syed Saddiq sebelum ini mendakwa beliau berjaya menduduki tempat ketiga dalam acara tersebut.
Keputusannya sebelum ini dipertikai oleh orang ramai, khasnya komuniti sukan yang sering mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
Tampil Mohon Maaf
Bagaimanapun dalam satu video di Instagram rasminya pada Rabu, Syed Saddiq tampil memohon maaf dan mendakwa dakwaan awalnya itu akibat kekeliruan mengenai bacaan data.BERITA TRENDING:Syed Saddiq Dedah Sebab Takut Nak Bercinta Di Zaman Sekolah
"Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya," katanya dalam video."Pada sesi kayuhan, saya curiga ada sesuatu yang tidak kena kerana saya kembali lebih awal daripada yang dijangka. Saya kemudian segera memaklumkan perkara itu kepada pasukan teknikal, dan saya diberitahu pada masa itu bahawa tiada masalah dan saya teruskan seperti biasa," katanya.
BERITA TRENDING:Misi Langkah Muar: Syed Saddiq Raih RM55,000 Dalam Masa 24 Jam!
Syed Saddiq, 31, menambah, pasukan teknikal tersebut mempunyai dua pegawai yang dapat menyokong dakwaannya."Sekarang, terbitan data terbaru menunjukkan saya telah melakukan tiga pusingan dan melalui semua checkpoint, tetapi satu pusingan pada mulanya adalah untuk pusingan Olimpik, bukan pusingan 113 Triathlon," katanya.
"Saya minta maaf...
Menurut Syed Saddiq, kekhilafan ini hanya memberi kesan kepada pusingan pertama, dengan waktu pusingan kedua dan ketiganya tidak berubah."Ini menjelaskan mengapa ia (larian) bukan dua perjalanan 60 kilometer, tetapi tiga perjalanan pada 72 kilometer.