Artis Korea
“Tidur Pukul 1 Pagi Bangun 2 Petang” – Macam Ni Rupanya Waktu Tidur Song Ji Hyo Patutlah Di Gelar Mong Ji
Buat pertama kalinya, pelakon dan anggota Running Man, Song Ji Hyo mendedahkan tabiat tidurnya.
Menurut Ji Hyo, disebabkan jadual kerja yang pada maka dia lebih kerap memilih untuk tidur berbanding keluar makan.
Ji Hyo berkongsi perkara itu menerusi satu temu bual bersama program radio, Kim Young Chul’s Power FM yang bersiaran baru-baru ini.
“Saya datang ke sini (konti) tanpa mendapatkan tidur yang cukup. Sebenarnya ini adalah waktu saya baru bangun tidur dan adakalanya masa saya tidur dengan lena.
“Saya memang banyak habiskan masa dengan tidur dan saya akui kebanyakan adalah di waktu pagi. Saya tak boleh mengabaikan waktu tidur saya begitu saya.
“Selalunya saya akan terlena dalam jam 1 atau 2 pagi dan kemudiannya terjaga lebih kurang pukul 1 atau 2 petang,” katanya.
Pendedahan Ji Hyo itu disambut dengan gelak ketawa mereka yang berada di konti radio berkenaan.
Terdahulu, Ji Hyo sememangnya dikenali dengan panggilan Mong Ji dalam Running Man kerana ekspresi wajahnya yang blur lebih-lebih lagi sekiranya tidak cukup tidur.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Must-Watch Video