Hiburan

Tiga Bulan Beroperasi, Rupanya Bank Palsu? Habis Tu Selama Ni?

gempak
Hanafis Haris
14/07/2020
09:26 MYT
Sponsor Banner
Tiga Bulan Beroperasi, Rupanya Bank Palsu? Habis Tu Selama Ni?
Pelik tapi benar, itulah yang berlaku di India apabila seorang remaja lelaki berjaya melakukan operasi seperti bank rasmi tanpa dicekup pihak berkuasa.
Difahamkan, bank palsu tersebut dikenali sebagai State Bank of India (SBI) di Panruti, Tamil Nadu dan ia beroperasi tanpa lesen dan kebenaran.
Menerusi laporan Gulf News, remaja tersebut dikatakan membuka cawangan bank sendiri atas desakan hidup.
Difahamkan, bapa remaja itu merupakan kakitangan bank dan telah meninggal dunia 10 tahun lalu.
Ibunya juga pernah berkhidmat sebagai kakitangan bank, tetapi bersara sejak dua tahun lalu.
Disebabkan itu, remaja berkenaan dipercayai tekad membuka cawangan bank palsu SBI.
Walaubagaimanapun, kegiatan remaja berusia 19 tahun itu akhirnya terbongkar selepas seorang pemegang akaun SBI mengesyaki sesuatu yang mencurigakan.
"Dia kemudian melaporkan perkara itu kepada pihak SBI.
"Susulan laporan itu, polis menahan remaja terbabit bersama dua rakan kongsinya," kata laporan berkenaan.
Sumber: GulfNews
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024