Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Tiga Kali Janda, Britney Spears Umum Kahwin Diri Sendiri

Maliah Surip
22/10/2024 05:50 MYT
Bintang sensasi Hollywood, Britney Spears mengejutkan peminat dan pengguna media sosial menerusi perkongsian terkininya.

Spears yang mengenakan dres perkahwinan mengumumkan dirinya telah berkahwin.

Namun penyanyi Hit Me Baby One More Time itu mengaku berkahwin dengan dirinya sendiri.

“Hari saya berkahwin dengan diri sendiri. Mungkin malu dan nampak bodoh tapi ini adalah perkara terhebat pernah saya lakukan!”tulis Spears pada ruangan kapsyen.

BERITA TRENDING: Britney Spears Pakai Aksesori Palsu Kerana Barangan Kemas Kena Curi

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Spears berjenaka atau benar-benar mengahwini dirinya sendiri seperti yang pernah dilakukan beberapa individu di seluruh dunia.

Ironi wanita berusia 42 tahun itu mengumumkan ‘berkahwin dengan diri sendiri’ selepas secara rasmi bercerai daripada suami, Sam Asghari.

Mahkamah memutuskan pasangan yang berkahwin pada 2022 itu rasmi bercerai pada 2 Mei 2024, lapor People.

Asghari bukan satu-satunya lelaki yang pernah dikahwini Spears.

Spears juga pernah berkahwin dengan Kevin Federline dan Jason Allen Alexender.

Sudah menjadi janda tiga kali, Spears juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan dengan Federline iaitu Sean Preston Federline dan Jayden James Federline.

BERITA TRENDING: Justin Timberlake Santai Petik Gitar Lepas Britney Gugurkan Anak

BERITA TRENDING: Sayang Justin Timberlake, Britney Spears Sanggup Gugurkan Anak

BERITA TRENDING: Perkahwinan Berakhir, Suami Dakwa Dipukul & Britney Spears Simpan Pisau Dalam Bilik Tidur

#Kahwin #Viral #Hollywood #Britney Spears #Janda
;