Laman Utama

“Tiga Perkahwinan Bukan Gagal, Sebaliknya…” - Engku Emran Mohon Hormati Noor Nabila

gempak
Mya Amri
23/09/2023
02:23 MYT
Sponsor Banner
“Tiga Perkahwinan Bukan Gagal, Sebaliknya…” - Engku Emran Mohon Hormati Noor Nabila
Suami kepada Noor Nabila iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin memohon semua pihak menghormati keputusan berkenaan hal rumah tangganya.
Emran menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya berharap orang ramai dapat menghormati dan memberi ruang kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar ketika ini.
“Saya rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk berkata sesuatu dengan niat untuk menghindari fitnah dari tidak terkawal.
“Selepas kata kata saya ini jika anda terus membuat andaian dan cerita-cerita nak menyedapkan selera nafsu anda thats your problem that u have to settle with Allah.
“Saya tidak pernah respond kepada khabar angin and your cheap gossips or trash. To me you dont put food on my table nor you feed my family so your lies dont deserve my slightest attention.
“Jangan kita komen seperti kita nampak sangat tidak bijak. Jangan kita komen seperti kita kenal sangat orang yang kita langsung tidak kenal.
“Jangan kita komen macam kita tidak akan ada ujian yang menanti. Jangan keluarkan kata kata atau hasil kan cerita macam kita take agama.
“Jaga adab dan hormati Nabila dan saya. Kami mash ada keluarga mak dan ayah. Dont cause them undue pain.
“Kami tidak pernah mengacau hidup sesiapa. In ujian untuk kami dan Alhamdulillah kami redha. Respect our little space although it is not perfect,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama, Emran juga menyatakan kehancuran dalam perkahwinan buat kali ketiga bukan satu kegagalan sebaliknya ia sudah ditakdirkan.
“Kami berdua sudah melalui tiga perkahwinan, kami berdua tahu apa yang kami mahu dalam hidup, malangnya kami terpaksa mencari haluan masing-masing.
“Perkahwinan memang sukar. Yang mana pernah kahwin pasti tahu mengenainya. Yang mana belum pernah kahwin jangan sembang kuat sangat.
“Saya beritahu Nabila. tiga perkahwinan ini bukan kegagalan, tetapi sudah tertulis sebelum kita hidup di dunia ini.
“Ia adalah satu perjalanan yang tidak dapat dielakkan l, yang perlu kita tempuhi untuk mencari keredaan-Nya dan selagi kita mendekatkan diri kepada-Nya itu sudah menjadi satu kejayaan besar.
“Sekali lagi saya memohon anda semua menghormati ruang kami. Kami sedang melalui waktu sukar. Doakan semoga semoga Allah permudahkan segala urusan kami berdua,” coretnya.
BACA: Noor Nabila, Engku Emran Bakal Bercerai
Terdahulu, Nabila mendedahkan bakal bercerai bersama Emran dalam waktu terdekat.
Kakak kepada selebriti Neelofa itu berkata, keputusan untuk bercerai dibuat selepas Emran menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 2021.
Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021.
Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres, Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live