Laman Utama

Noor Nabila, Engku Emran Bakal Bercerai

gempak
Izwan Isa
22/09/2023
06:22 MYT
Sponsor Banner
Noor Nabila, Engku Emran Bakal Bercerai
Usahawan selebriti, Noor Nabila mendedahkan yang dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal bercerai dalam waktu terdekat.
Memetik laporan Harian Metro, kakak kepada selebriti Neelofa itu berkata, keputusan untuk bercerai dibuat selepas Emran menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 2021.
"Kami dalam proses perceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat. Emran pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.
"Alhamdulillah ketika dia beritahu hasratnya untuk bercerai, kami berbincang secara baik dan tenang serta menerima segala keputusan yang ditentukan dengan reda dan hati terbuka.
"Jodoh ajal maut adalah aturan Allah SWT, tiada siapa yang nak berkahwin untuk bercerai dan saya juga impikan perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan," katanya.
Tambah Nabila, dia enggan berkongsi masalah rumah tangga yang dihadapi kepada khalayak, sebaliknya biarlah perkara itu diketahui antara mereka serta dijadikan pengajaran buat dirinya.
"Saya sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan ini. Namun sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan dugaan rumah tangga.
"Sepatutnya kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan. Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu.
"Masalah antara kami sudah lama berpanjangan dan saya berserah dengan takdir dan yakin ini adalah aturan terbaik dari Nya untuk saya dan anak lalui," katanya.
Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Sumber: Harian Metro
BACA: Isu Rumah Tangga Noor Nabila & Engku Emran, Ini Respons Noor Kartini​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live