Pelakon Hafidz Roshdi mengakui mempunyai perancangan bergelar penyanyi rap selepas tiga tahun terlibat dalam industri hiburan.

Hafidz Roshdi atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz bin Roshdi, berkata, menyanyi merupakan minatnya sejak dulu lagi dan berharap dapat keluarkan single tidak lama lagi.

"Saya memang minat untuk bernyanyi sejak dulu lagi.

"Selepas tiga tahun dalam industri saya merancang untuk bergelar penyanyi rap untuk sebuah syarikat rakaman.

"Namun perkara itu masih dalam perancangan dan saya berharap jika ada rezeki In Sya Allah saya akan bergelar penyanyi pula," katanya menerusi temu bual di dalam program Resipi Memikat Isteri 2.

Resipi Memikat Isteri 2 dibawakan oleh Tefal iaitu pengeluar peralatan masak dan perkakasan rumah utama dunia, memperkenalkan pelbagai Peralatan Masak antaranya periuk dan kuali dari siri rangkaian Tefal Titanium Cookware.

Hafidz mengunakan periuk dan kuali dari siri rangkaian Tefal Titanium Cookware untuk memasak 'Salted Egg Chicken Pasta' dan dibantu oleh Ili Sulaiman sebagai dewi dapur.

Masakan Hafidz menjadi sangat mudah apabila menggunakan produk daripada Tefal kerana ia mempunyai Thermo-Spot® bagi memastikan setiap masakan yang disediakan akan masak dengan sempurna.

Periuk dan kuali daripada Tefal yang digunakan oleh Hafidz sangat bermutu tinggi serta mampu memelihara tekstur, rasa dan warna makanan yang dimasak.

Selain itu Tefal juga mempunyai pelbagai peralatan dan barangan perkakasan masakan yang akan memudahkan segala proses masakan di rumah.

Resipi Memikat Isteri 2 dihoskan oleh Jihan Muse dan disiaran menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 12.00 tengah hari.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Raya yang dijalankan oleh Tefal, anda boleh melayari laman web http://tefal.com.my/eventsandpromotions untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai promosi istimewa yang dijalankan.