Pemergian Julia mula diketahui selepas adiknya, Anggita Perez mengumumkan mengenai perkara tersebut menerusi Instagram miliknya kira-kira pukul 1 tengahari tadi.
"Innalilahiwainailahirojiun telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez. Minta doanya ya semua, terima kasih semua atas sokongan selama ini. I Love You Yuli," tulisnya.
Jupe mula bergelar penyanyi sejak tahun 2002 dan dia telah menghasilkan empat buah album iaitu Kamasutra, Aku Rapopo, Dangdut Galau dan The Best Of Julia Perez.
Dia disahkan mengidap kanser servik pada tahun 2014 dan telah menjalani rawatan kimoterapi.