,
Hiburan

"Tiga Tahun Tunggu Zuriat...Kami Memang Mahu Anak Lelaki!" - Anzalna Rai Ulang Tahun Kelahiran Pertama Eidrees

Asraf Aided
31/05/2020
10:25 MYT
Anak kepada aktres Anzalna Nasir, Mohamad Eidrees telah memasuki usia setahun pada hari ini.
Sempena hari istimewa anaknya itu, Anzalna mengimbas kembali kenangan sebelum hamil.
"Selamat ulang tahun kelahiran pertama anakku, saya ambil masa tiga tahun untuk hamil.
"Ketika saya tahu saya mengandung anak lelaki, saya sangat gembira, ya kami berdua memang mahu anak lelaki," tulis Anzalna di Instagram.
Tambah Anzalna, Eidrees telah dilahirkan beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.
"Saya melahirkan Eidrees beberapa hari sebelum raya, sebab itulah saya menamakan dia EIDrees, ia merupakan detik yang tak dapat dilupakan.
"Saya suka melihat dia membesar menjadi kanak-kanak yang gembira, Alhamdulillah," tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Anzalna telah mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kebaikan buat Eidrees.
Anzalna mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 31 Mei 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Anzalna Kecewa Beli Buah, Dapat Raspberry Busuk & Berkulat! Mujur Anak-Anak Tak Sempat Makan - “Seriously? Eiw! Kenapa Perlu Jual”

gempak
12/08/2024
01:55 MYT
Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa kecewa apabila buah Raspberry yang dibelinya busuk sebelum sempat dimakan oleh anak-anak.
Hiburan

Anzalna Nasir Terbuka Kongsi Kehidupan Peribadi Di Laman Sosial - “Itu Cuma 10 Peratus ..."

gempak
08/08/2024
02:55 MYT
Perkongsian pelakon Anzalna Nasir di laman sosial terutama mengenai kehidupan peribadinya sentiasa mendapat perhatian netizen.
Viral

Lelaki Ini Hadiahkan Diri Sendiri Kereta Mewah Bernilai RM1.7 Juta Sempena Hari Jadi, Dihantar Dengan Trak Lutsinar!

gempak
22/06/2024
06:55 MYT
Seorang lelaki menjadi perhatian perhatian netizen selepas menghadiahkan dirinya sebuah kereta berjenama mewah sempena sambutan hari jadinya.
Laman Utama

“Kalau Sayang Isteri Bukan Dengan Mengahwini Perempuan Lain,” - Anzalna

gempak
22/08/2023
09:36 MYT
Betul juga kata Anzalna...
Laman Utama

Anzalna Rayu Dana Bantu Kanak-Kanak Hidap Tumor Dalam Kepala - "Hati Siapa Tak Luluh Tengok ..."

gempak
20/06/2023
03:44 MYT
Ringankan beban.
Unitar