Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Tiket Ke Eropah Pun Tak Semahal Balik Sarawak" - Zee Avi Terpaksa Tangguh Bawa Suami Balik Kampung Jumpa Keluarga

Amri Hassan
27/11/2021 02:49 MYT
Luahan penyanyi kelahiran Sarawak, Alena Murang mengenai harga tiket penerbangan yang melambung tinggi menarik perhatian ramai, antaranya penyanyi Zee Avi.

BACA: Alena Murang Terkejut Harga Tiket Balik Sarawak Mahal Melampau Sebelum Krismas - "RM3,300 Pertama Kali Dalam Tempoh 30 Tahun"

Mengulas mengenai perkara terbabit, kata Zee dia terpaksa menangguhkan hasrat untuk membawa suami yang baru dinikahinya pada minggu lalu untuk bertemu keluarga besarnya di Sarawak.

BACA: Zee Avi Kahwini Jejaka Jepun

"Saya ada melihat tiket penerbangan ke Eropah dari 23 hingga 27 Disember, tak ada semahal balik Sarawak.

"Sebenarnya saya ada merancang untuk membawa Kenji pulang ke Sarawak bertemu dengan keluarga besar saya tapi nampak gayanya tak jadilah.

"Saya cuba cari tiket yang tak semahal itu, tapi perjalanan akan mengambil masa selama 8 jam, jadi, taklah. Tak logik," ujarnya.

Saran Zee agar pihak berwajib memandang serius akan keluhan ini dan mengambil pendekatan sewajarnya untuk memantau harga tiket penerbangan terutama pada musim perayaan seperti Krismas yang akan menjelang tidak lama lagi.

"Saya harap ada alasan yang munasabah kenapa harga tiket penerbangan melambung tinggi sangat. Kerana ramai kawan saya yang meluahkan rasa kurang puas hati terhadap harga tiket penerbangan ini.

"Memang saya sendiri terkejut. Ada tiket harga sampai RM2,000 untuk satu hala," tambah Zee.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!



#Kahwin #Viral #Zee Avi #Suami #Sarawak #Mahal #Krismas #Tiket #Alena Murang #Flight
;