Peminat kumpulan K-Pop, Monsta X sudah mula menyatakan rasa teruja dan tidak sabar untuk mendapatkan tiket konsert jelajah 2019 MONSTA X World Tour ‘We Are Here’ in Kuala Lumpur.

Kunjungan kedua mereka ke Malaysia ini dibawakan khas oleh Macpiepro.

Menerusi tinjauan Gempak di media sosial, rata-rata peminat mereka yang digelar Monbebe sudah mula berinteraksi antara satu sama lain mengenai penjualan tiket yang bakal berlangsung esok.

“Kena pergi ni, siapa nak join dekat KL? Sumpah tak sabar nak jumpa. #MONSTA_X #MONSTAXinKL,” tulis @chaeturtle2

“Thinking about mx ticketing I feel like dying I will go to KL after work tomorrow, all these things I do for MONSTA X,” luah @jealousyims

Dengan menggunakan hashtag #monstaxinKL, begitu ramai peminat meluahkan rasa gementar dan khuatir sekiranya tidak dapat membeli tiket kerana sold out.

MONSTA X yang dianggotai oleh tujuh anak muda berbakat iaitu Shownu, Wonho, Minhyuk, Kihyun, Hyungwon, Joohoney dan I.M ini bakal menemui peminat mereka pada 22 Jun 2019 bertempat di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada jam 6 petang.

Tiket konsert dijual pada harga RM273 (Zon Hijau), RM373 (Zon Ungu), RM483 (Zon Kuning), RM573 (Zon Merah), RM593 (Zon MONBEBE) dan RM693 (Zon MONBEBE Pakej VIP).

Menariknya, zon MONBEBE Pakej VIP menyediakan akses ‘Hi-touch’ dan MONBEBE berpeluang mendapatkan poster yang ditandatangani oleh MONSTA X.

Manakala bagi yang membeli tiket di portal tiket rasmi kami pada minggu pertama jualan, anda berpeluang memenangi ‘Send-off Pass’ menerusi cabutan bertuah.

Berikut merupakan jadual pembelian tiket:

HITS Deal: 13 -19 April 2019, 10 AM bertempat di kedai gaya hidup digital Mcalls dan laman web rasmi Mcalls.

Jualan Tiket Offline: 20 - 21 April 2019, 12 pm bertempat di kedai gaya hidup digital Mcalls

Jualan Tiket Online: 22 April 2019, 12 pm di Laman web rasmi MacpiePro www.macpiepro.com & MMspot

Kedai gaya hidup digital Mcalls terletak di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall,
Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall Johor Bahru dan Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang.