"Tiko Hadirkan Semula Senyumanku, Tapi Sakit Ini Tidak Akan Pergi" - BCL
Amri Hassan
03/12/2023 06:44 MYT
03/12/2023 06:44 MYT
Usai melangsungkan pernikahan di Bali, Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL berkongsi rakaman video pra perkahwinan dia di Instagram.
"Lelaki ini (Tiko) menghadirkan semula senyumanku. Melihat ke belakang, aku bertanya apakah bahagia itu akan ada?
"Hari demi hari berlalu, sedikit demi sedikit aku beradaptasi dengan kesedaran kalau sakit ini tidak akan pergi dan terus ada di situ.
"Pada sebuah waktu, hadir lelaki ini yang sering menggalas kesakitan di bahunya. Aku kini tak berasa sedih lagi, canda tawa kembali hadir dan aku mula terasa yang aku layak untuk gembira," katanya menerusi video berkenaan.
"Kamu adalah sahabat baik ku, lampu yang menerangi kegelapanku, cinta hatiku. Terima kasih kerana membenarkan aku menjadi diriku dan mencintai kesakitanku dan melengkapiku," katanya.
BCL dan Tiko menggayakan persalinan pengantin jawa selamat bernikah di sebuah resort terkemuka dekat Bali.
Mereka turut dilihat memohon restu daripada ibu dan bapa Allahyarham Ashraf iaitu Mohamed Anthony John Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman.
Turut kelihatan menghadiri majlis tertutup dan penuh makna itu, adik Ashraf iaitu Aishah Sinclair, rakan artis antaranya Luna Maya dan Maia Estianty dan pasangannya, Irwan Mussr.
Untuk rekod, BCL dan Ashraf bernikah pada 2008. Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.
Selepas pemergian suami yang juga selebriti kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada Februari 2020 akibat serangan jantung pelbagai rintangan terpaksa ditempuhi penyanyi jelita itu.
BERITA TRENDING: BCL Selamat Bergelar Isteri Tiko
BCL yang melangsungkan perkahwinan bersama ahli perniagaan Tiko Aryawardhana, meluahkan isi hatinya tentang kehadiran lelaki mesra disapa Tiko itu."Lelaki ini (Tiko) menghadirkan semula senyumanku. Melihat ke belakang, aku bertanya apakah bahagia itu akan ada?
"Hari demi hari berlalu, sedikit demi sedikit aku beradaptasi dengan kesedaran kalau sakit ini tidak akan pergi dan terus ada di situ.
"Pada sebuah waktu, hadir lelaki ini yang sering menggalas kesakitan di bahunya. Aku kini tak berasa sedih lagi, canda tawa kembali hadir dan aku mula terasa yang aku layak untuk gembira," katanya menerusi video berkenaan.
PILIHAN PEMBACA: Adik Allahyarham Ashraf Sinclair, Aishah & Yuna Jadi Pengapit BCL, Tiko
Tambah BCL, suaminya itu juga membawanya ke tempat yang tidak disangka yang dipanggil rumah."Kamu adalah sahabat baik ku, lampu yang menerangi kegelapanku, cinta hatiku. Terima kasih kerana membenarkan aku menjadi diriku dan mencintai kesakitanku dan melengkapiku," katanya.