Penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL selamat bernikahdengan Tiko Aryawardhana di sebuah resort mewah di Bali pada Sabtu.

Foto pada majlis pernikahan BCL dimuat naik oleh salah seorang tetamu undangan majlis pernikahannya aitu Aero Aswar, seorang atlet jetski.

"Congrats Tiko dan BCL," tulis Aero Aswar di Instagram Story.

Menerusi beberapa muat naik Instagram Story lain, BCL tampil anggun dengan balutan kebaya dan wedding veil putih, lengkap dengan sarung batik bermotif kotak-kotak berwarna coklat. Penampilan BCL disempurnakan dengan sepatu berona perak.

Difahamkan, pernikahan BCL dan Tiko sudah mendapat restu daripada keluarga arwah suaminya, Ashraf Sinclair.

Berita perkahwinan BCL dan Tiko pada mulanya dibocorkan oleh ketua KUA Pasar Minggu, Daud Damsyik.

“Bagi yang berkaitan, BCL sudah mengajukan surat permohonan cadangan (berkahwin di Bali),” kata Ketua KUA Pasar Minggu Daud Damsyik di pejabatnya pada Selasa.

Daud berkata, BCL mengemukakan permohonan cadangan untuk berkahwin di Bali melalui KUA Mengwi, Badung, Bali. Berita ini turut disahkan oleh Ketua KUA Daerah Mengwi, Bali, Syahrul Muharam.

“Semua dokumen (untuk perkahwinan BCL) sudah siap, mas kahwin sudah siap, wali pun sudah siap, yang tinggal hanyalah untuk melaksanakannya,” kata Syahrul kepada pemberita.

Sumber: Kompas