Tiktoker yang pernah menjadi fenomena seluruh dunia, Sabrina Bahsoon atau lebih dikenali sebagai Tube Girl, baru-baru ini telah kembali ke Malaysia setelah sekian lama menetap di London.

Dalam satu entri terbaharu Sabrina di TikTok, model berusia 23 tahun itu berkongsi di sebalik tabir video Tube Girl yang buat kali pertamanya dilakukan di dalam MRT Malaysia.

BERITA TRENDING: Ditanya Tentang Poligami, Lelaki Selamba Beri Respon Lucu Depan Isteri- “Saya Lebih Minat…”

"Sebalik tabir video #tubegirl pertama dalam MRT, terima kasih kepada ibu bapa saya kerana membantu dalam #tubegirleffect," tulisnya di ruangan kapsyen TikTok.
@sabrinabahsoon BTS of my first MRT #tubegirl video, shoutout to my parents for assisting in the #tubegirleffect ♬ original sound - Sabrina Bahsoon

Dalam pada itu, Sabrina menyatakan bahawa dirinya berasa gementar untuk melakukan video berkenaan di dalam MRT kerana bimbang tentang penilaian rakyat Malaysia terhadapnya.

"Saya tak pernah segementar ini. Perbezaan besar antara London dan Malaysia ialah, orang Malaysia akan memandang kita jika kita buat sesuatu perkara yang pelik," katanya.

Sekadar info, trend Tube Girl yang dicipta oleh Sabrina sebelum ini pernah menjadi fenomena di media sosial di mana ia meraih perhatian pempengaruh dan artis antarabangsa seperti Bella Poarch, Troye Sivan dan Omar Apollo.

Kebanyakkan video Sabrina juga berjaya meraih lebih daripada 10 juta tontonan di TikTok yang membuatkan trend itu ditiru oleh pengguna platform berkenaan.

Sumber: TikTok