Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

#TikTokGimmeTheMic: Cabaran Bermula, Ini Senarai Lagu Minggu Pertama Menanti 30 Peserta

Gempak
16/07/2024 13:25 MYT
Bakal membuka pentas 21 Julai ini, program pencarian bakat, Gimme The Mic kini dalam cabaran mencari enam penyanyi hebat tempatan untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.

Cabaran Bermula

Membuka pentas minggu pertama dengan tema Tik & Tok, 30 peserta bakal berduet dalam menampilkan kehebatan masing-masing.



Berikut merupakan senarai lagu setiap peserta bagi konsert minggu pertama:

MAMUJI X FIZA SINHA - SEMBUNYI (Misha Omar & Andy Flop Poppy)

AMEERAIS X SHAZREEN SHAHARUM - HATI INI TELAH DILUKAI 2.0 (Ajai & Aina Abdul)

IR RADZI X RAES - SIAL (Mahalini)

ALIFF KIMIEY X CELINE LAI - TONG HUA (Michael Wong)

MOFANORA X JELLY BELLY - SOMEONE YOU LOVED (Lewis Capaldi)

BULAN ASYRAFF X BEYLA INARA - GURAUAN BERKASIH (Acik & Siti Nordiana)

BUNIAN X DANHUANGGE - DANCE MONKEY (Tones & I)

EPET X SYAMEL AMZAH - TO LOVE SOMEBODY (Bee Gees)

CHONG HAN X EZAN - OMBAK RINDU (Hafiz Suip & Adira)

SYAFFIQ SAHLI X RASZ - BERDUA BERSATU (Forteen)

HAZREEN AMREENA X JUNLLOYD EGANO - KITA BIKIN ROMANTIS (Mali! & D’essentials)

NAZZ X ZULY ALI - HAL HEBAT (Govinda X Ernie Zakri)

XIIAOPANDA X LUNA - FLOWERS (Miley Cyrus)

FARHAN MUSTAPHA X OKY DANIAL - SANGKAR DERITA (Haqiem Rusli)

ROU ROU X ARY HUSSIN - SHALLOW (Lady Gaga & Bradley Cooper)

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.

Bangku juri bakal dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari (BCL) dan Hael Husaini.

Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.

ARTIKEL BERKAITAN: 'TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia' Lebih Meriah, Cungkil Bakat Tempatan Ke Pentas Antarabangsa

Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut. ‘Gimme The Mic Malaysia’ bakal bersiaran pada 21 Julai 2024, bermula jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

#Yuna #Ajai #Hael Husaini #Bunga Citra Lestary #GimmeTheMic #TikTok Gimme The Mic